Isu Pembantu Rumah Dibincang Dengan Kemboja:Subramaniam

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam berkata kerajaan akan berbincang dengan Kemboja bagi menyelesaikan isu pembekuan pembantu rumah dari negara itu.

Beliau berkata kerajaan sedia mendengar cadangan Kemboja bagi meningkatkan kebajikan pembantu rumah mereka.

"Di peringkat kementerian, kita akan lihat semua proses yang ada dan bagaimana kita boleh membaiki sistem yang ada untuk meningkatkan pengawalan kebajikan pekerja-pekerja asing, khasnya pembantu rumah di negara ini," katanya mengulas pembekuan pembantu rumah oleh Kemboja pada Jumaat lepas berikutan beberapa kes dera membabitkan pembantu rumah dari negara itu di Malaysia.

Dr Subramaniam menganggap kes itu umpama 'nila setitik rosak susu sebelanga' kerana hanya satu peratus majikan berdaftar yang bertindak kejam terhadap pembantu rumah.

Terdahulu, beliau menyampaikan surat tawaran pengajian ke pusat kemahiran kepada 39 lepasan sekolah dari Lembah Klang di bawah program MYSKILLS.

Program itu, yang dilancarkan Jun lepas, disertai 2,590 lepasan sekolah dari seluruh Semenanjung, katanya.

Beliau berkata pekerjaan sebagai jurukimpal, tukang masak dan mekanik mampu memberikan pendapatan tinggi. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan