Datuk Dr Rahamat Bivi Yusoff Dilantik Sebagai KP EPU

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Datuk Dr Rahamat Bivi Yusoff dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuat kuasa pada Rabu.

Pelantikannya bagi menggantikan Datuk Noriyah Ahmad yang tamat kontrak perkhidmatan pada Selasa.

Pelantikan Rahamat, 54, dan enam lagi pegawai kanan Perkhidmatan Awam diumumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan, Selasa.

Pelantikan Rahamat, yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam hampir 30 tahun, dibuat berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya dalam bidang ekonomi, kewangan dan pembangunan.

JPA turut mengumumkan pelantikan Timbalan Ketua Pengarah Program National Transformation and Advancement (NTA) EPU Datuk Himmat Singh Ralla Singh sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya mulai 23 Okt bagi menggantikan Datuk Thomas George MS George yang tamat kontrak pada 22 Okt.

Timbalan Ketua Pengarah EPU Datuk Mat Noor Nawi pula ditukarkan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Sistem dan Kawalan) Kementerian Kewangan berkuat kuasa esok.

Pengarah Seksyen Bajet Pembangunan, EPU, Noor Zaidah Dahalan pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Program Strategic Programming and Allocation di EPU bagi menggantikan Mat Noor.

Pengarah Seksyen Industri Perkhidmatan EPU Yogeesvaran Kumaraguru ditukarkan sebagai Timbalan Ketua Pengarah NTA bagi menggantikan Himmat Singh.

JPA juga mengumumkan pelantikan Timbalan Ketua Setiausaha Perkhidmatan Am di JPM Datuk Othman Mahmood sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Perkhidmatan Am bagi menggantikan Datuk Zainol Othman yang bersara wajib pada 1 Okt lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan), Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Datuk Khazali Ahmad pula ditukarkan sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah di JPM mulai 16 Okt. Beliau menggantikan Datuk Muhammad Hatta Abdul Aziz yang bersara wajib pada 19 Sept lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan