Dasar Penerbangan Nasional Akan Disediakan Secara Formal:Najib

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kini masanya bagi kerajaan menyediakan secara formal satu Dasar Penerbangan Nasional, memandangkan suasana yang wujud di negara ini serta kematangan pelbagai segmen di sektor berkenaan sekarang.

Perdana Menteri berkata adalah penting satu dasar komprehensif yang menjelaskan segala aspek utama penerbangan, hala tujunya, objektif dan strategi jangka panjang disediakan untuk dilihat jelas oleh semua pemegang kepentingan dalam bidang penerbangan pada masa paling tidak menentu dan cepat berubah bagi sektor ini.

"Ke arah matlamat itu, kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan bercadang menggubal satu dasar secepat mungkin.

"Saya percaya kementerian itu telah mengadakan beberapa rundingan dan perbincangan dengan pelbagai pihak dan satu rangka kerja dasar akan terbentuk dalam masa terdekat," ujarnya.

Najib berucap pada pelancaran 100 Tahun Penerbangan di Malaysia di Hangar 6, A380 Malaysia Airlines (MAS), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Najib berkata beliau yakin Dasar Penerbangan Nasional akan memberi dorongan penting kepada negara ketika kita melangkah seterusnya ke masa depan lebih cerah dan jelas untuk penerbangan Malaysia.

"Saya amat berharap dapat mengumumkan dasar ini selepas semua input, pandangan dan perhatian dari semua pemegang kepentingan dipertimbang dan dinilai," kata beliau. Perdana Menteri berkata di Malaysia, kerajaan menyedari hakikat bahawa infrastrutur penerbangan adalah kritikal kepada pembangunan negara dan integrasi global.

Beliau berkata Malaysia telah menikmati faedah dari hubungan udara yang telah memperluas pasaran eksport negara secara global dan menjana pertumbuhan besar industri pelancongan.

"Tahun lepas, pergerakan penumpang keseluruhannya di semua lapangan terbang kita berkembang 12 peratus kepada lebih 57 juta penumpang. KLIA saja mencatatkan lebih 34 juta pergerakan penumpang, naik 14.8 peratus dari tahun sebelumnya, dengan 60 pesawat kini beroperasi dari fasiliti kelas dunia ini.

"Hakikat sebenar ialah sektor penerbangan nasional ini mempunyai kesan gandaan yang besar 12.5 kali terhadap ekonomi negara keseluruhannya dari segi pembangunan pelancongan, infrastruktur dan lojistik," kata beliau. Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan lesen kepada 47 pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan penyelenggaraan pesawat. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan