Bahasa Kebangsaan Perlu Dimartabatkan Sepanjang Masa:MB Perlis

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Bahasa kebangsaan perlu dimartabatkan sepanjang masa dan bagi memastikan matlamat itu tercapai, semua urusan rasmi perlu mengutamakan bahasa itu, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Beliau mahu pihak berkuasa tempatan memastikan paparan dan peragaan seperti papan iklan dan papan tanda menggunakan bahasa kebangsaan selain memaparkan persekitaran yang berlatarkan panorama Malaysia.

"Saya yakin dengan memartabatkan bahasa kebangsaan, penyatuan rakyat Malaysia akan lebih menyerlah," katanya pada majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 peringkat negeri di Kolej Matrikulasi Arau di sini Selasa.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Perlis, Ahmad Bakri Ali.

Pelbagai kegiatan diadakan pada program bertemakan "IBahasa, IBangsa, 1Negara" itu, antaranya kembara di alam kata, pertandingan sahibba, syarahan dan sayembara mengarang.

Bulan Bahasa Kebangsaan dilancarkan sejak 1999 bagi merakyatkan bahasa dan sastera selain mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia dengan menetapkan Oktober setiap tahun sebagai bulan sambutannya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan