Ahli Akademik Asing Digalak Buat Penyelidikan Di Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli akademik luar negara digalakkan mengambil peluang terhadap kekayaan sumber alam semulajadi Malaysia bagi menjalankan penyelidikan dalam usaha mendapatkan kemungkinan ubat kepada penyakit-penyakit selain penemuan dalam bidang-bidang lain.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Rohani Abdullah berkata Malaysia dianugerahkan dengan sumber semulajadi yang sesuai untuk pelbagai kegiatan penyelidikan.

Penemuan bagi penyelidikan sedemikian mungkin berguna bukan sahaja di peringkat antarabangsa tetapi juga di negara ini, katanya pada persidangan Persatuan Komunikasi Global kelima di sini, Selasa.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan para penyelidik supaya tidak terlalu memikirkan mengenai keuntungan kewangan.

"Jangan datang (hanya) kerana wang," katanya.

Beliau berkata ahli akademik perlu berasa bangga dan seronok untuk berada di Malaysia, bertemu dengan penduduk tempatan dan memberi perhatian terhadap penyelidikan dan membangunkannya kerana ia akhirnya akan dimasukkan dalam pengalaman kerjaya mereka.

Ahli akademik merupakan satu gelaran hormat bagi doktor dan profesor yang menandakan seseorang itu sebagai anggota penuh akademi kesusasteraan atau saintifik.

Persidangan tiga hari itu dianjurkan Asia Pacific University College of Technology and Innovation (UCTI). - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan