Tuanku Mizan Mahu Hubungan Malaysia-Indonesia Dilonjak Ke Tahap Lebih Tinggi

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mahu melihat hubungan dua hala dan kerjasama Malaysia-Indonesia dilonjakkan ke tahap lebih tinggi demi kepentingan dan faedah bersama.

Baginda mahu lebih banyak usaha dijana secara aktif dan produktif melibatkan pihak di semua peringkat dalam semua bidang, bagi meningkatkan lagi kerjasama dan hubungan baik antara kedua-dua negara, walaupun perlu menempuh pelbagai rintangan "Beta menghargai komitmen dan peranan yang dimainkan oleh Malaysia dan Indonesia dalam menangani isu-isu berkepentingan bersama di peringkat serantau dan antarabangsa. "Beta percaya komitmen bersama antara kedua-dua negara dapat diteruskan demi kemakmuran bersama dan kestabilan rantau ini," titah baginda pada majlis Jamuan Malam Rasmi oleh Kerajaan Indonesia di Istana Negara, Ahad malam.

Baginda bertitah keakraban hubungan yang terjalin antara Malaysia dan Indonesia adalah sangat istimewa antara dua negara yang berjiran tetangga.

"Beta amat berpuas hati dengan usaha-usaha yang telah dan sedang dijalankan kedua-dua kerajaan Malaysia dan Indonesia untuk merapatkan dan memperkukuhkan kerjasama politik, ekonomi dan sosiobudaya antara Malaysia dan Indonesia," titah baginda.

Tuanku Mizan yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Indonesia, turut menerima anugerah tertinggi Indonesia Bintang Republik Indonesia Adipurna yang disampaikan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Istana Merdeka, di sini pada Sabtu.

Majlis itu disaksikan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah yang turut berangkat dalam lawatan tersebut, selain Ibu Negara Ibu Ani Yudhoyono, barisan Kabinet Indonesia dan delegasi Malaysia.

Pada titah baginda itu, Yang di-Pertuan Agong turut menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih atas pengurniaan Bintang Republik Indonesia Adipurna itu. "Beta yakin bahawa penganugerahan ini akan mengukuhkan persahabatan dan mengeratkan lagi silaturahim antara rakyat kedua-dua negara," titah baginda.

Yang di-Pertuan Agong juga terharu dan gembira dengan layanan baik dan mesra daripada Presiden Yudhoyono dan Ibu Ani Yudhoyono serta daripada kerajaan dan rakyat Indonesia kepada baginda berdua serta anggota rombongan Malaysia. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan