Tsu Koon Sedia Berkorban Demi Kebaikan Gerakan

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata beliau sanggup berkorban demi kebaikan parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Katanya butiran mengenai pengorbanan yang akan beliau lakukan itu akan diumumkan pada masa yang sesuai nanti.

Beliau berkata tidak akan dedahkan lebih banyak mengenai apa yang akan beliau lakukan kerana terdapat beberapa perkara lagi yang perlu diselesaikan sebelum pengumuman itu dibuat.

"Setakat yang saya tahu, saya tidak akan memberitahu anda hari ini apa sebenarnya yang akan saya lakukan kerana saya masih memerlukan beberapa pemeriksaan dan penyelarasan, tetapi saya boleh pastikan kepada anda, yang saya bersedia untuk mengorbankan diri saya untuk parti," katanya yang mendapat tepukan gemuruh.

Beliau membuat ucapan penutup pada persidangan perwakilan kebangsaan ke-40 parti Gerakan di sini, Ahad.

Koh berkata beliau tidak akan melakukan pengorbanan itu sebelum mengatur persediaan yang perlu dengan partinya.

Pada sidang akhbar kemudiannya, beliau menjelas lanjut beliau mempunyai beberapa pilihan dan akan membuat penilaian untuk menimbang apa yang terbaik untuk parti, tetapi tetap enggan memberitahunya.

"Saya adalah orang yang bertanggungjawab, Saya tidak membuat keputusan berdasarkan emosi, juga saya tidak membuat keputusan berdasarkan teori dan sebab. Ia memerlukan gabungan sebab dan sentimen, katanya.

"Saya berkata saya sanggup mengorbankan diri saya untuk parti. Saya akan beritahu anda mengenai pengumumannya," tambahnya.

Beliau berkata beliau akan mendapat pandangan kepimpinan pusat parti dalam membuat keputusan itu. Menengai harapan tinggi yang diletakkan para perwakilan untuk mendapat sokongan moral pucuk pimpinan parti tetapi kecewa kerana tidak memperolehinya, Koh berkata: "Saya tidak fikir begitu. Kita mempunyai orang di peringkat bawahan yang sentiasa bekerja tanpa perlu menunggu persidangan perwakilan.

"Jika anda mahu bekerja, anda bekerja. Anda tidak perlu menunggu suntikan daripada perdana menteri atau perwakilan, walaupun ia dapat membantu." -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan