Tindakan Ratu Elizabeth Berbaju KuningTidak Jejas Hubungan Malaysia-UK

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan Ratu Queen Elizabeth II memakai baju kuning semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap baginda di Istana Buckingham pada 14 Julai lalu tidak menjejaskan hubungan antara Malaysia dan United Kingdom (UK).

Sebaliknya, Timbalan Menteri Luar, Senator A.Kohilan Pillay menegaskan pertemuan dan pengiktirafan hubungan dua hala itu merentasi pilihan warna pakaian Ratu Elizabeth yang dipakai ketika bertemu Perdana Menteri dan isterinya.

"Pakaian Ratu Elizabeth untuk acara dan upacara rasmi semasa musim bunga dan panas di UK sememangnya dalam warna yang lembut dan cerah.

"Malahan, semenjak 1954, Ratu Elizabeth gemar memakai pakaian berwarna kuning termasuk ketika Lawatan Diraja beliau ke Australia," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa K.Rasiah yang ingin mengetahui sama ada tindakan itu akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara.

Menurut A.Kohilan, Ratu Elizabeth turut memakai baju berwarna kuning pada 18 Mei lalu semasa lawatan rasmi ke Republik Ireland.

"Pilihan warna baginda sepanjang upacara yang dihadirinya ditafsirkan semua pihak sebagai melambangkan keceriaan, kegembiraan dan kebahagiaan baginda," katanya.

A.Kohilan berkata, pertemuan itu bukan sahaja memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara bahkan mewujudkan kerjasama dalam sektor ekonomi.

"Hasil pertemuan itu, tujuh perjanjian dan memorandum persefahaman antara kerajaan dan sektor swasta juga ditandatangani bagi mengeratkan kerjasama dan memanfaatkan kedua-dua negara," tambahnya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan