Taman Tun Dr Ismail Jadi Perintis Program Bandar Selamat Di Lembah Klang

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di Damansara dekat sini, dipilih sebagai kawasan penempatan perintis untuk Program Bandar Selamat yang mensasarkan penurunan kadar jenayah setempat sehingga 50 peratus.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung berkata bagi memastikan perkara itu tercapai, aspek keselamatan di TTDI dinaik taraf dan dijangka siap hujung tahun ini.

Jika berkesan, program akan dilaksanakan di kawasan lain dan polis akan membantu mengenal pasti tempat yang memerlukan program ini, katanya pada sidang media selepas melawat kawasan sekitar TTDI, Isnin.

Katanya kerajaan memperuntukkan RM1.45 juta kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi melaksanakan program di TTDI itu.

Antara usaha naik taraf yang dilakukan ialah pemasangan tujuh kamera litar tertutup, menukar lampu jalan daripada 150 watt kepada 250 watt, membina redaan trafik dan perluasan Sistem Pemantauan Bandar Selamat ke Balai Polis TTDI, katanya.

Beliau berkata TTDI, yang merupakan antara penempatan terawal di ibu kota, juga akan dilengkapi dengan semua ciri keselamatan terkandung dalam konsep Reka Bentuk Persekitaran Yang Selamat (CPTED).

Konsep itu yang mendapat persetujuan Jemaah Menteri pada 8 Jun lepas, menggunakan prinsip dan strategi mudah untuk menghasilkan persekitaran fizikal yang selamat bagi menghindarkan kejadian jenayah, di samping meningkatkan kualiti persekitaran dan kehidupan. Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah yang turut hadir, berkata kawasan TTDI yang mempunyai 6,500 unit rumah, mencatatkan 247 kes jenayah dari Januari hingga September lepas, merangkumi 62 kes jenayah keras dan 185 kes jenayah harta benda. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan