Rumah Mampu Milik Akan Dibina Di Bandar - Shahrol

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bandar Malaysia, pembangunan bercampur yang dikendalikan oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di kawasan yang terletak di Sungai Besi, akan bermula dengan pembinaan rumah mampu milik yang dijangka dilancarkan pada bulan Disember.

Keseluruhan Bandar Malaysia itu termasuklah taman, perpustakaan serta kemudahan awam yang lain akan menjadi fokus kepada pembangunan mampan, kata ketua pegawai eksekutif Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

"Ideanya ialah dengan memulakannya dengan rumah mampu milik," kata beliau kepada Bernama dalam satu temubual.

Beliau, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai rumah mampu milik itu yang akan menjadi antara ciri yang akan ditonjolkan di tanah berkenaan.

Pada Jun, 1MDB, yang merupakan pemaju induk milik kerajaan untuk Bandar Malaysia di kawasan seluas 196.6 hekar, memeterai perjanjian jual-beli dengan pesuruhjaya tanah persekutuan untuk memudahkan pemindahan tanah.

1MDB pernah berkata sebelum ini yang Bandar Malaysia akan mempunyai beberapa elemen menarik untuk mengukuhkan lagi daya saing global Kuala Lumpur sebagai bandar yang bersaing untuk menarik pelabur dan perniagaan antarabangsa.

Beliau percaya dalam tempoh mendatang, Bandar Malaysia serta kawasan sekitarnya akan menyaksikan lonjakan dalam nilai hartanah memandangkan kawasan sekitar "zon penerbangan" mempunyai had terhadap ketinggian bangunan.

"Sebaik sahaja ia tidak lagi menjadi zon penerbangan, nilai hartanah itu akan meningkat. Tiada lagi kepadatan dan lambat-laun akan menarik pengangkutan awam," kata beliau.

Ditanya mengenai tanggungjawab memajukan tanah Sungai Besi itu, yang pada masa ini merupakan pangkalan untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), beliau berkata ia bukan mudah jika dilihat kepada jumlah prosedur dan proses yang terbabit.

"Tanah itu kini dimiliki oleh 1MDB tetapi kita tidak boleh serta merta ambil cangkul dan terus mula gali lubang," katanya berseloroh, merujuk kepada beberapa perkara rumit yang terlibat dalam memajukan tanah.

Untuk permulaan, 1MDB perlu memastikan yang TUDM mempunyai tempat yang sesuai untuk memindahkan aset dan operasi dan mereka betul-betul selesa berfungsi di lokasi baharu, kata beliau.

Perbincangan berhubung kepada penempatan semula sedang berlangsung dengan bantuan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia dan beberapa kawasan seperti Subang, Sendayan, Butterworth serta Kuantan telah dikenalpasti untuk tujuan itu.

Dilaporkan yang TUDM telah bersedia untuk menutup pangkalan udara Sungai Besi mulai 31 November dan hanya akan beroperasi untuk helikopter.

Bagaimanapun, beliau berkata tanah itu sendiri perlu diwartakan semula untuk pembangunan.

"Pada masa itu, tanah itu diwartakan sebagai kawasan keselamatan. Jadi, itu sebabnya kita tidak melihat apa-apa dilaksanakan di kawasan itu," kata beliau.

"Kami 100 peratus milik kerajaan dan ia memudahkan kami melaksanakan pembangunan," kata beliau.

Pemaju persendirian mungkin perlu bergelut dengan kos yang mungkin terbabit dalam proses itu terutamanya dalam penempatan semula TUDM itu sendiri, maklum beliau. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan