Kelantan Mahu Kaji Sejarah Sebelum Beri Penghargaan Kepada Pejuang Kemerdekaan

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kerajaan Negeri Kelantan akan mengkaji terlebih dahulu sejarah negara sebelum mahu memberikan sebarang penghargaan kepada pejuang kemerdekaan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata ini kerana pihaknya mahu mendapatkan gambaran sebenar sejarah kerana ada yang berpandangan negara tidak pernah dijajah British.

"Cadangan untuk memberikan penghargaan ini adalah sangat baik tetapi kita mahu teliti terlebih dahulu sejarah yang ada, nanti kita tidak mahu dikatakan Kelantan tidak tahu sejarah," katanya pada sesi soal jawab di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini, Isnin.

Mohd Amar berkata kerajaan negeri Kelantan bagaimanapun tidak pernah melupai jasa pejuang itu terutama kepada guru-guru agama yang ketika itu turut berjasa berjuang untuk menegak kemerdekaan negara.

"Kelantan sudah meletakkan nama pejuang itu pada tempat-tempat tertentu seperti jalan menggunakan nama seperti Tok Janggut," katanya.

Menjawab soalan Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) yang mahu kerajaan negeri Kelantan membuat pendirian mengenai kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai pengiktirafan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan, Mohd Amar berkata perkara itu juga akan diteliti terlebih dahulu.

Sebelum itu Abdul Aziz ditegur Timbalan Speaker Mohd Zaki Ibrahim kerana menyebut Mohamad sebagai "Profesor Mat Sabu", wakil BN itu kemudiannya menarik balik perkataan tersebut.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fattah Mahmood ketika menjawab soalan Muhammad Mustafa (PAS-Demit) berkata kerajaan negeri akan membina sebuah mini stadium yang lokasinya di Kuala Krai sekiranya kerajaan pusat membayar royalti petroleum.

Katanya pemilihan Kuala Krai untuk pembinaan mini stadium itu kerana di jajahan itu mempunyai keluasan tanah yang mencukupi bagi tujuan itu.

Selain itu, kerajaan negeri menafikan projek Bazar Tengku Anis dan Bazar Tok Guru merupakan projek yang gagal sebaliknya telah berjaya membantu peniaga-peniaga kecil menjalankan perniagaan di tempat yang selesa.

Abdul Aziz, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata sebanyak 70 peratus premis kedua-dua bazar perniagaan itu telah dipenuhi peniaga.

"Tempat ini sangat berdaya maju buat peniaga dan melalui Majlis Perbandaran Kota Baharu, kedua-dua bazar ini dipantau bagi kepentingan peniaga," katanya.

Sebelum persidangan berhenti rehat, dewan itu juga turut meluluskan usul merakamkan ucapan tahniah kepada Sultan Muhammad V yang telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong selama lima tahun bermula Disember ini.

Persidangan bersambung Selasa. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan