Jambatan Kedua P. Pinang Dijangka Siap 2013- Shaziman

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kemajuan projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang mencapai 65 peratus dan dijangka siap lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu pada November 2013, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Beliau berkata melihat kepada kesungguhan pihak kontraktor melaksanakan projek itu, ia mungkin akan siap dua bulan daripada yang dijadual.

"Kemajuan pembinaan projek ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh faktor keadaan cuaca dan sekiranya keadaan cuaca mengizinkan, saya yakin projek ini akan siap lebih awal kerana setakat ini kemajuan projek telah dua peratus mendahului jadual," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek Jambatan Kedua Pulau Pinang pada Isnin.

Terdahulu, Shaziman meminta syarikat yang mengambil bahagian dalam pembinaan projek itu melatih lebih ramai tenaga kerja tempatan.

"Saya berasa terkilan apabila dimaklumkan bahawa untuk tahun ini, tidak ada penyertaan daripada pelajar universiti dalam pembinaan projek ini, kerana ini adalah satu-satunya peluang untuk pelajar kejuruteraan menimba ilmu, khususnya dalam projek pembinaan yang bersaiz sebegini besar," katanya.

Shaziman berkata tahun lepas, penyertaan pelajar universiti dalam projek itu adalah lebih kurang 50 orang dan mereka dibayar elaun.

"Jambatan boleh dibina bila-bila masa sekiranya kita ada wang, tetapi pengetahuan itu penting dan saya mahu warga Malaysia menimba ilmu daripada projek pembinaan jambatan sebesar ini," katanya.

Projek pembinaan jambatan berharga kurang daripada RM4.5 bilion itu adalah usaha sama antara China Harbour Engineering Company Ltd dan UEM Builders Bhd, yang bermula pada 2008.

Jambatan Kedua Pulau Pinang sejauh 24 kilometer itu merupakan yang terpanjang di Asia Tenggara, menghubungkan Batu Maung di bahagian Pulau dan Batu Kawan di bahagian tanah besar. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan