Dera Amah: Malaysia Sedia Mohon Maaf Sekiranya Tuduhan Kemboja Benar – Anifah

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengemukakan permohonan maaf kepada Kemboja sekiranya tuduhan mendera dan menyeksa amah warga negara itu terbukti benar kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata kerajaan sedang meneliti dengan serius tuduhan-tuduhan yang dilemparkan dan memberi jaminan bahawa isu tersebut tidak akan disembunyikan.

"Saya bersedia untuk terbang ke Phnom Penh untuk menemui rakan sejawatan saya di Kemboja. Bukan untuk meminta mereka menarik balik keputusan mereka, tetapi untuk berbincang mengenai isu ini.

"Sekiranya kita bersalah, kita harus meminta maaf ke Kemboja. Kita harus berani membetulkan apa yang salah dan kita tidak harus sombong," katanya.

Anifah berkata, beliau melihat perkara tersebut secara serius dan telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementeriannya, Tan Sri Mohd Radzi Abdul Rahman supaya bertemu dengan Duta Kemboja, Puteri Norodom Arunrasmy untuk mendapat maklumat lanjut mengenai isu berkenaan.

Pada Jumaat, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen telah mengumumkan larangan terhadap penghantaran pembantu rumah ke Malaysia.

Hun Sen dilaporkan berkata beliau kecewa dengan isu penderaan dan kes rogol yang berlaku terhadap pembantu rumah warga Kemboja oleh majikan di negara ini.

Arunrasmy berkata larangan tersebut diumumkan selepas pihak kedutaan menghantar maklum balas ke Phnom Penh.

Beliau berkata pihak kedutaan menerima aduan bahawa hampir setiap hari pembantu rumah negara terbabit didera dan kira-kira tiga orang pembantu rumah meninnggal dunia dalam tempoh seminggu.

Mengulas lanjut, Anifah berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S. Subramaniam sebelum menentukan tindakan selanjutnya.

Beliau juga berkata satu tarikh akan ditetapkan untuk mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) dengan Kemboja.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan