Umno Tidak Akan Tuntut Pucuk Pimpinan Di Pulau Pinang - Najib

Diterbitkan: Ahad, 16 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kepada Gerakan bahawa Umno tidak akan menuntut pucuk pimpinan negeri di Pulau Pinang jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat memerintah negeri itu.

Berucap di hadapan lebih 2,200 perwakilan Gerakan yang menghadiri pembukaan Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan ke-40 di Menara PGRM di sini, Ahad.

Najib yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno berkata beliau percaya B Nmasih mempunyai harapan untuk menawan kembali negeri itu.

Beliau berkata Umno bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti komponen B Nyang lain bagi menawan semula negeri itu.

"Umno tidak akan menuntut pucuk pimpinan negeri di Pulau Pinang. Kita sedia bekerjasama dengan parti-parti komponen di Pulau Pinang.

"Gerakan, MCA, MIC dan Umno, kita mesti bekerjasama sebagai satu keluarga. Kita perlu menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukan sebahagian daripada masalah. Kita mesti lakukannya. Kalau kita buat perkara ini (bekerjasama) saya tidak akan putus harap dengan Pulau Pinang," katanya.

Najib menegaskan bahawa gabungan itu mesti menawarkan bahawa mereka merupakan pilihan terbaik bagi rakyat.

"Ada orang kata tak ada harapan dengan Pulau Pinang, tidak. Kita mesti bekerja bersungguh-sungguh, buktikan kepada mereka bahawa kita merupakan pilihan terbaik berbanding dengan pembangkang. Ini (semuanya) mengenai demokrasi; ini (semuanya) mengenai pilihan.

"Kita mesti beri pilihan kepada rakyat. Kita mesti tunjukkan kepada mereka bahawa kita adalah pilihan terbaik buat mereka di Pulau Pinang dan bagi rakyat Malaysia," katanya.

Pulau Pinang kini ditadbir pakatan DAP-PKR-PAS selepas memenanginya dalam pilihan raya umum 2008.

Najib berkata beliau telahpun membincangkan perkara itu dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman mengenai keputusan itu.

Pada sidang akhbar selepas itu, ketika ditanya sama ada Gerakan akan mengetuai Pulau Pinang jika BN diberi mandat untuk memerintah negeri itu, Najib berkata beliau perlu membincangkan perkara itu terlebih dahulu dengan parti-parti komponen BN yang lain.

"BN akan tentukan kedudukan kita selepas ini. Tapi ia bukan seorang calon Umno," katanya.

Sementara itu, ketika berucap di khalayak, Najib berkata beliau boleh merasai perasaan bersemangat di kalangan perwakilan dan berharap ia menggambarkan semangat mereka bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Najib berkata beliau mahu Gerakan menghadapi cabaran dengan penuh bersemangat dan mengembalikan zaman kegemilangan mereka.

Beliau berkata Gerakan perlu memberi lebih perhatian kepada masa depan daripada mengenang nostalgia itu.

"Perkara lepas jangan dikenang. Apa yang berlaku sekarang ini ialah mengenai masa depan. Kita nak Gerakan pulihkan dirinya untuk menjadi satu kuasa yang disegani dalam konteks politik nasional," katanya.

Bagi memulihkannya, Najib menekankan mengenai perlunya mengenengahkan rancangan alternatif dan barisan, terutama bagi Pulau Pinang.

Walaupun ia mungkin pilihan yang sukar untuk dilakukan, beliau bagaimanapun, mengingatkan Gerakan bahawa pilihan "untuk tidak melakukan apa-apa" adalah lebih teruk.

"Anda mesti berani, jika anda mahu mengotakan janji. Kita perlu beretika dan tidak melakukan kesilapan. Bersedia untuk mengotakan janji. Ia satu-satunya cara Gerakan boleh meneruskan kelangsungan hidup sebagai sebuah parti politik," katanya.

Ketika ditanya pada sidang akhbar mengenai gesaan Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe supaya Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, Najib berkata beliau menyerahkannya kepada Dr Koh untuk memutuskannya.

"Kita telah membincangkan apa yang perlu dilakukan. Saya serahkan kepada kebijaksanaannya. Beliau tahu apa yang perlu dilakukan," kata Najib. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan