Masyarakat India Punya Masa Depan Lebih Cerah - Najib

Diterbitkan: Ahad, 16 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan berusaha memastikan masyarakat India di negara ini mempunyai masa depan yang lebih baik.

"Nambike (harapan)... kita mesti mempunyai harapan terhadap masa depan," katanya semasa berucap merasmikan Karnival Deepavali 1Malaysia anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia di Jalan Tengku Kelana di sini, malam Sabtu.

Beliau berkata masyarakat India harus yakin bahawa Malaysia, tanah tumpah darah mereka, dapat memberikan masa depan lebih baik buat mereka.

"Perasaan bahawa bumi Malaysia ini adalah tempat tumpah darah untuk semua kaum perlu ada dalam semua warganegara Malaysia," katanya.

Najib berkata Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sudah diarah menubuhkan unit khas dianggotai pegawai kaum India bagi memastikan pinjaman yang disediakan dapat dinikmati oleh golongan sasaran itu.

Beliau berkata dalam Belanjawan 2012, kerajaan memperuntukkan RM100 juta buat usahawan kecil India melalui skim pinjaman mikro AIM supaya mereka terus menceburi dan berjaya dalam bidang perniagaan.

Najib berkata belanjawan itu memberikan peruntukan dan faedah kepada seluruh lapisan rakyat negara ini.

Beliau juga berkata sebanyak 2,000 permohonan MyKad dan sijil kelahiran daripada masyarakat India akan diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Ia merupakan usaha Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan dan Kementerian Dalam Negeri untuk menyelesaikan masalah dokumentasi kewarganegaraan yang dihadapi oleh masyarakat India, katanya.

"Saya ingin menunjukkan Semangat 'Ore Malaysia' (1Malaysia) adalah satu gasasan yang amat bermakna kepada setiap warga Malaysia. Kalau kita boleh bersatu di bawah Ore Malaysia, saya percaya Malaysia akan jadi sebuah negara yang lebih berjaya dan Wawasan 2020 akan menjadi kenyataan," katanya.

Najib berkata dalam perayaan Deepavali, yang akan disambut pada 26 Okt ini, cahaya dianggap penting untuk menerangi kegelapan.

Justeru, beliau meminta masyarakat India menganggap Barisan Nasional sebagai 'cahaya' yang mampu membawa masa depan lebih cerah buat mereka.

Turut hadir pada majlis itu ialah Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Presiden MIC Datuk G. Palanivel, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri S. Subramaniam dan Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia Datuk K.K. Eswaran. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan