Kerajaan Kaji Bantu Selesai Masalah Penduduk PPR

Diterbitkan: Ahad, 16 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji membantu menyelesaikan masalah 6,000 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wangsa Maju yang tidak mampu membayar sewa rumah, bil air dan bil elektrik, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M.Saravanan.

"Kajian semula akan dibuat kerana kebanyakan penduduk PPR ini berasal dari kawasan setinggan di sekitar Kuala Lumpur.

"Dan mereka menghadapi masalah membuat bayaran disebabkan beberapa faktor seperti pekerjaan dengan gaji yang tidak cukup untuk menanggung masalah keluarga," katanya dalam ucapan pada majlis penyampaian sumbangan Deepavali kepada fakir miskin sekitar Wangsa Maju, di sini, Ahad.

Beliau berkata kerajaan prihatin tentang masalah yang dihadapi penduduk dan sedia membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira masa kerana ini merupakan tanggungjawab mereka.

"Kita sentiasa memberi bantuan sekiranya ada masalah berkaitan dengan pembiayaan dan pihak Bandaraya juga sedia memberi bantuan sekiranya ada penduduk yang mempunyai masalah membayar sewa rumah.

"Ini tangungjawab kita sebagai pengerusi cawangan, pengerusi parti-parti, pengerusi yang menyokong Barisan Nasional, kita perlu berjumpa dengan rakyat setiap bulan, pastikan bantuan mereka diterima dan setiap kali apa juga kerajaan umum pastikan sampai kepada mereka," katanya.

Sebanyak 230 orang terdiri daripada fakir miskin, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu tunggal menerima wang tunai sebanyak RM100 dan barangan keperluan Deepavali bernilai RM50 pada majlis tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan