Kerajaan Belanja RM7.3 Bilion Untuk Sektor Padi Sejak 50 Tahun Lalu

Diterbitkan: Ahad, 16 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JERLUN: Kerajaan pusat telah membelanjakan kira-kira RM7.3 bilion untuk memajukan sektor tanaman padi di negara ini sejak 50 tahun lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata peruntukan itu meliputi pelbagai jenis bantuan kepada pesawah dan sebahagian besar dinikmati petani di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda(Mada).

Kerajaan pusat memperuntukkan RM2.2 bilion kepada Mada bagi menaik taraf kemudahannya selain RM500 juta lagi untuk melaksanakan estet padi bagi tempoh 10 tahun bermula tahun ini, kata Anggota Parlimen Jerlun itu, di sini, Ahad.

Beliau yang berucap pada penyerahan setor baja oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan koridor Utara (NCIA) kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK Mada) Semangat Baru F-II, berkata peruntukan besar itu bagi menjadikan tanaman padi setanding komoditi lain.

Sementara itu, Ketua Eksekutif NCIA Datuk Redza Rafiq berkata setor berharga RM644,000 tersebut mampu menampung 1,500 tan metrik baja yang dapat memberi manfaat kepada lebih 2,000 petani yang mengusahakan 3,800 hektar sawah di situ.

Katanya bermula tahun lepas, NCIA menumpukan kepada usaha menyediakan kemudahan kepada petani di luar kawasan Mada dan kini sedang membangunkan kira-kira 280 hektar sawah di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Kawasan ini yang menghasilkan padi di bawah 4.5 tan metrik sehektar dijangka mengeluarkan enam tan metrik padi buat kali pertama pada musim menuai Julai depan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan