JPJ Adakan Operasi Besar-besaran Kurangi Kemalangan Motosikal

Diterbitkan: Ahad, 16 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi secara besar-besaran di seluruh negara khusus untuk mengurangkan kadar kemalangan melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad berkata JPJ setiap negeri telah diarah menjalankan sekatan jalan raya termasuk di kawasan pedalaman mulai hari ini untuk memastikan pemilik motosikal mematuhi peraturan jalan raya.

"Mana-mana motosikal yang tidak mengikut spesifikasi dan melanggar peraturan jalan raya akan dikenakan tindakan kompaun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) daerah Maran di Sekolah Kebangsaan Kuala Sentul di sini, Ahad.

Turut hadir Pengarah JPJ Pahang Datuk Zakaria Man dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Beliau berkata operasi itu dijalankan berikutan kebimbangan Jemaah Menteri berhubung kadar kemalangan membabitkan motosikal yang tinggi di negara ini dengan 62 peratus daripada kemalangan maut melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Mengenai program itu, Ismail berkata sejak SKSJ diperkenalkan pada 2009, kira-kira 80,000 warga emas dan Orang Asli di seluruh negara berjaya memperoleh lesen B2.

Di Pahang, seramai 2,330 warga emas dan 1,811 Orang Asli telah mendapat lesen itu, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan