Gesaan Tan Lian Hoe Terhadap Dr Koh Bukan Cari Publisiti Murahan

Diterbitkan: Ahad, 16 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe pada Ahad menjelaskan gesaannya supaya presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang bukan berniat mencari publisiti murahan.

Sebaliknya, beliau berkata gesaan itu dibuat adalah untuk menyuntik semangat dan meningkatkan maruah Gerakan agar anggota parti itu berubah dan lebih berani.

"Ikhlas... saya tidak ada niat langsung untuk mendesak pucuk pimpinan letak jawatan tetapi meminta pucuk pimpinan, tidak kira pusat, negeri atau akar umbi, untuk buat keputusan demi survival parti," katanya semasa menggulung ucapan dasar Presiden pada hari terakhir Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-40 di Menara PGRM di sini, Ahad.

Tan berkata parti perlu diubah dengan segera sebelum diubah sendiri oleh rakyat.

"Kita mesti kotakan janji, bukan hanya cakap dan terus bercakap sahaja.

"Kita mesti turun ke akar umbi, kita mesti ada semangat juang, berani dan yakin. Bayangkanlah sekiranya depan ada api dan kiri kanan ada api, adakah kita akan duduk sahaja dan membiarkan diri terbakar menjadi arang?" katanya.

Tan turut menyatakan sokongan tidak berbelah bahaginya ke atas apa jua keputusan yang dibuat pucuk pimpinan parti.

"Saya akan sentiasa bersama dan menyokong presiden (Koh) dan saya akan tetap dan setia dalam parti Gerakan," katanya.

Selain itu, Tan percaya parti itu boleh bangkit semula dan menawan lebih banyak kerusi yang ditandinginya pada pilihan raya umum akan datang.

Selesai membuat penggulungan, Tan bersalaman dengan Koh dan semua pucuk pimpinan parti yang duduk pentas utama, lalu disambut dengan tepukan gemuruh oleh semua perwakilan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan