Dua Ratu Cantik Berbaik Semula

Diterbitkan: Ahad, 16 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Suchitra Kumar
Suchitra Kumar

KUALA LUMPUR: Kontroversi yang ditimbulkan salah seorang peserta pencarian ratu cantik Miss Universe Malaysia 2012 yang memaki hamun seorang lagi peserta ketika rakaman program realiti itu sudah selesai apabila kedua-duanya bermaafan selepas program itu.

Segalanya bermula apabila peserta bernama Suchitra Kumar yang hampir tersingkir daripada pertandingan itu telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang lagi peserta Jascinta Kaur yang mara ke peringkat lapan peserta terbaik.

Bagaimanapun, Suchitra yang juga seorang akauntan cukai segera meminta maaf kepada Jascinta atas keterlanjurannya sejurus tamat program itu.

“Memang tiada alasan untuk saya bersikap sedemikian (memaki hamun) dan ia sangat tidak sesuai. Ia satu reaksi yang biadap. Saya sudah meminta maaf kepada Jascinta,” katanya kepada portal Daily Chilli.

Program pencarian itu disiarkan di saluran Hitz TV Astro, Khamis lalu.

Walaupun kata-kata carutan yang keluar daripada mulut Suchitra itu ditapis dengan bunyi blip dalam program itu, ia tetap boleh difahami oleh penonton.

“Saya akui mengeluarkan perkataan kesat itu tetapi kebiasaannya saya tidak mudah naik angin seperti itu. Mungkin ia berpunca daripada tekanan dalam pertandingan itu.

Bagaimanapun, saya tidak wajar berbuat demikian,” kata gadis berusia 24 tahun itu.

Dalam pertandingan BeautyCamp: The Search for Miss Universe Malaysia 2012 itu, Suchitra gagal menahan air matanya apabila hampir tersingkir.

Jascinta, 19, graduan yang baru menamatkan pengajian di peringkat A-Level, berkata beliau sudah menerima kemaafan daripada Suchitra dan enggan memanjangkan hal itu.

“Kami tidak mempunyai sebarang masalah dan tiada sebab untuk saya menaruh dendam,” katanya yang akan memulakan pengajian di peringkat Ijazah Perakaunan dan Kewangan kelak.

Suchitra berkata peluang untuk terus bersaing dalam pertandingan itu sangat penting buatnya.

“Ia (pertandingan ratu cantik) adalah sesuatu yang saya sentiasa saya idamkan tetapi tidak pernah mempunyai keyakinan untuk melakukannya sehingga kini,” katanya.

Jascinta dan Suchitra adalah dua daripada 19 finalis dalam program tersebut.

14 finalis yang tinggal akan meneruskan persaingan dalam tiga episod lagi.

Penonton akan mengetahui sama ada Suchitra mara ke peringkat seterusnya atau tidak dalam episod yang akan datang.

Peringkat akhir pertandingan itu akan bersiaran secara langsung pada 10 November depan dari Pusat Konvensyen Sunway.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan