Bekalan Beras Negara Mencukupi - Ismail Sabri

Diterbitkan: Ahad, 16 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Orang ramai diminta tidak membuat pembelian panik kerana stok simpanan beras negara ini adalah mencukupi sekalipun berlaku bencana banjir besar di negara pengeluar utama beras dunia seperti Thailand, Vietnam dan Kemboja ketika ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata negara mempunyai stok penimbal bekalan beras untuk tempoh sehingga enam bulan.

"Malaysia mengeluarkan 70 peratus pengeluaran beras sendiri dan hanya 30 peratus diimport dari negara pengeluar utama Thailand, Vietnam dan Kemboja.

"Bagaimanapun KPDNKK dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan perbincangan dan kerjasama bagi mengatasi kemungkinan berlakunya kekurangan bekalan beras di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pemantapan Pendidikan Keibubapaan anjuran Majlis Kebajikan Pembangunan Masyarakat Parlimen Bera di Dewan Umno Bahagian Bera di sini, Ahad.

Ismail Sabri berkata jika keadaan beras negara dilihat meruncing, pelbagai alternatif akan diambil termasuk mengimport beras dari India dan Indonesia.

"Orang ramai jangan mudah terpedaya dengan khabar angin yang kononnya harga beras akan naik kerana ia hanya boleh mencetus suasana pembelian panik," katanya.

Terdahulu, berucap pada majlis itu Ismail Sabri mengingatkan ibu bapa agar tidak menjadikan kemiskinan sebagai alasan untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan prasarana dan bantuan pendidikan.

Beliau berkata dalam Belanjawan 2012 yang dibentang Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menyaksikan peruntukan besar disediakan kepada sektor pendidikan termasuk memansuhkan yuran persekolahan dan memberi bantuan persekolahan kepada pelajar.

"Ibu bapa patut bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang telah menyediakan pelbagai kemudahan dan bantuan untuk mengangkat martabat negara dan bangsa Malaysia," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan