Wanita Gerakan Diminta Dedah dan Serang Balas Pembohongan Pembangkang

Diterbitkan: Sabtu, 15 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn pada Sabtu menggesa pergerakan wanita parti itu supaya mendedahkan dan menyerang balas taktik kotor pembangkang untuk menipu rakyat.

Beliau berkata Wanita Gerakan juga perlu menjelaskan kepada orang ramai bahawa pembangkang tidak mampu menjadi parti alternatif yang boleh memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

"Wanita Gerakan perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh dipercayai dan kita tidak boleh menyerahkan nasib kita ke tangan mereka.

"Mereka (parti pembangkang) bekerjasama semata-mata kerana mereka benci kepada Barisan Nasional (BN), sedangkan anda dapat melihat mereka sentiasa berbeza sependapat tentang banyak isu, termasuk hukum Hudud," kata Chang ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Kebangsaan Wanita Gerakan 2011 di Menara PGRM di sini.

Beliau berkata pembangkang sanggup melakukan apa saja untuk menyemai bibit kebencian terhadap BN dalam kalangan rakyat.

Sambil mengajak anggota Wanita Gerakan merenung semula kekalahan paling teruk dalam sejarah parti itu pada pilihan raya umum lepas, Chang menasihati mereka supaya mengambil iktibar daripada kesilapan lampau dan melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu serta kemahiran untuk menangkis propaganda pembangkang.

"Pada pilihan raya 2008, kita jadi mangsa, banyak isu kita tak balas balik kerana menyangka tidak ramai orang menggunakan Internet. Ternyata, kita silap. Kesilapan ini membawa padah besar kepada kita. Sekarang, kita kena balas balik serangan mereka.

"Cara mereka yang tidak bertanggungjawab itu perlu didedahkan dan dilawan. Semoga kali ini, kita tidak lagi menjadi mangsa perbuatan mereka yang tidak beretika," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan