Umno Kelantan Tidak Gentar Jika PAS Enggan Bubar DUN

Diterbitkan: Sabtu, 15 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Umno Kelantan tidak gentar untuk menghadapi PAS sekiranya parti itu enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Umno Kelantan (dalam keadaan sedemikian) akan lebih berpeluang untuk merampas negeri itu.

"Kita dapat menumpukan sepenuh kekuatan yang ada jika ia dibuat secara berasingan," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke kawasan peti undi Tanjung Jering di sini, Jumaat.

Beliau mengulas pendapat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam agar pilihan raya umum ke-13 diadakan pada masa paling hampir dengan tarikh akhir mandat kerajaan sekarang. Pilihan raya umum ke-12 berlangsung 8 Mac 2008.

Menurut Mahathir ini bagi mengelakkan pakatan pembangkang yang menguasai empat negeri (Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah) tidak membubarkan DU Nmasing-masing.

Sehubungan itu Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata terserah kepada PAS Kelantan untuk membuat pilihan sama ada untuk membubarkan serentak atau sebaliknya kerana Umno tidak mempunyai masalah untuk menghadapinya.

"Kita sudah bersedia untuk menghadapinya sama ada sekarang atau dua tahun lagi", kata Ketua Umno Bahagian Bachok itu.

Beliau bagaimanapun tidak yakin PAS Kelantan akan mengadakan pilihan raya secara berasingan berasaskan beberapa faktor antaranya "kedudukan pengaruh mereka semakin hari semakin merosot dan kedudukan kewangan mereka semakin meruncing".

"Kalau mereka mengadakan pilihan raya serentak mereka tidak payah mengeluarkan belanja sampai dua kali," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan