Perdagangan dan Pelaburan Thai-Malaysia Tidak Terjejas:Mustapa

Diterbitkan: Sabtu, 15 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perdagangan dan Pelaburan antara Malaysia dan Thailand tidak terjejas meskipun banjir semakin buruk, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata kementerian itu sentiasa mengenal pasti segala kemungkinan, meskipun belum ada perancangan yang dimuktamadkan ketika ini.

"Kami akan menghantar pegawai untuk memantau keadaan dan memberikan maklumat terkini kepada kementerian.

"Banyak syarikat Malaysia terlibat dalam perniagaan komponen automotif di Thailand, dan kami sentiasa berhubung dan menasihatkan mereka mengenai tindakan selanjutnya," katanya selepas mesyuarat dua hala bersama Menteri Perdagangan Thailand Kittiratt Na-Ranong, di sini Jumaat.

Pertemuan itu berlangsung sempena Mesyuarat Khas Majlis Komuniti Ekonomi Asean (AEC) mulai Jumaat.

Mustapa berkata banyak isu dibincangkan pada pertemuan 30 minit itu, termasuk kerjasama merentas sempadan dan peningkatan hubungan perniagaan antara Putrajaya dan Bangkok.

"Saya bersetuju melakukan lawatan rasmi ke negara itu awal tahun depan, dan saya akan membawa bersama-sama delegasi perniagaan dari Malaysia.

"Kemudiannya, kedua-dua kerajaan akan mengatur pertemuan sesama mereka setiap bulan, bagi meningkatkan hubungan perniagaan, perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara," katanya.

Mustapa berkata Na-Ranong, yang juga Timbalan Perdana Menteri Thailand mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia atas keperihatian terhadap kejadian banjir yang paling buruk melanda Thailand itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Mustapa turut mengadakan mesyuarat dua hala dengan Menteri Perdagangan Indonesia Dr. Mari Elka Pangestu.

Mustapa berkata mereka membincangkan beberapa isu, termasuk ekonomi bukan tarif dan halangan perdagangan serta pembentukan Kumpulan Kerja Ekonomi Indonesia-Malaysia.

Seorang pegawai kementerian itu berkata maklumat lanjut mengenai kumpulan kerja itu akan diumumkan oleh Najib apabila beliau melawat Indonesia tidak lama lagi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan