PDRM Sedia Hadapi PRU-13: Ismail

Diterbitkan: Sabtu, 15 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Ismail berkata, beliau telah mengarahkan semua kontinjen negeri memberikan latihan kepada pegawai polis di kontinjen masing-masing untuk menghadapi pilihan raya.

"Kami menunggu sahaja, kalau pihak kerajaan mengumumkan pilihan raya pada bila-bila masa, Insya-Allah kami sudah bersedia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Setia 2010 Polis Bantuan Peladang (Upstream) Malaysia anjuran Sime Darby Plantation Sdn Bhd di sini, Sabtu.

Beliau berkata, latihan-latihan yang diberikan kepada pegawai-pegawai polis khususnya anggota polis baru adalah untuk meningkatkan keupayaan mereka terutama dalam menjaga tempat pengundian semasa pilihan raya.

"Tugas-tugas ketika pilihan raya ini lebih spesifik dan setiap pegawai polis harus memainkan peranan mereka bagi memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan