Kerajaan Cadang Tubuh Briged Sukarela PLKN

Diterbitkan: Sabtu, 15 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mewujudkan Briged Sukarela Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang akan membabitkan 500,000 bekas pelatih, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

Najib berkata briged itu boleh digunakan bagi membantu dalam kejadian malapetaka atau bencana alam seperti banjir, tanah runtuh atau kebakaran.

"Briged itu juga akan menjalankan pelbagai kerja sukarelawan lain termasuk kerja-kerja mengindahkan masjid dan sekolah," katanya semasa melancarkan perhimpunan 'Kami Anak 1Malaysia' di Stadium Hoki Bukit Jalil malam ini yang dihadiri 15,000 bekas pelatih PLKN dari seluruh negara.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, timbalannya Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Pengarah PLKN Datuk Hadi Awang Kechil, dan Pengerusi Latihan Khidmat Negara Datuk Dr Tiki Lafe.

Najib berkata briged itu akan dibangunkan dengan bantuan Sekretariat PLK Nsedia ada yang kini sudah diwujudkan di Jabatan Latihan Khidmat Negara di seluruh negara.

Perdana Menteri berharap anggota briged ini dapat diwujudkan daripada anggota PLKN yang telah dan sedang menjalani latihan di lebih 80 kem latihan khidmat negara di seluruh negara.

"Melaluinya juga ia akan dapat dijadikan asas di peringkat daerah supaya briged sukarela PLKN dapat dilaksanakan secara menyeluruh," katanya.

Najib berkata kerajaan bersedia menyalurkan bantuan dan peruntukan yang sesuai supaya briged berkenaan dapat bergerak dan memberikan sumbangan yang berkesan kepada proses membina negara bangsa.

Beliau juga berkata generasi muda tidak boleh dibiarkan membesar dengan sendiri tanpa dididik serta dibentuk melalui program-program tertentu termasuk PLKN.

Program itu diwujudkan pada asasnya untuk membentuk jati diri generasi muda yang mampu mempertahankan negara dari ancaman musuh dari luar dan dalam negara, kata beliau.

"Dalam sebuah negara, bukan sahaja penting pembangunan fizikal atau pendapatan per kapita tetapi tidak kurang penting juga untuk membina negara bangsa yang tidak boleh dibiarkan terjadi dengan sendiri," katanya.

Pada majlis malam tadi, bekas peserta PLKN itu memeriahkan program yang julung kali diadakan yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini dengan beberapa aktiviti seperti karnival, sukan ekstrem serta pameran kerjaya dan pendidikan.

Yang menarik perhatian ialah apabila seramai 500 bekas pelatih dari Johor, Kelantan, Perlis, Sarawak dan Sabah berjalan kaki sejak 11 Okt lepas dari beberapa lokasi utama di negeri masing-masing untuk menghadiri perhimpunan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan