Jangan Terpedaya Janji Pembangkang: Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 15 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu mengingatkan rakyat supaya mensyukuri segala usaha yang dilakukan kerajaan bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka dan tidak terpedaya dengan janji-janji kosong yang ditaburkan pembangkang.

Katanya, kerajaan sentiasa prihatin akan masalah rakyat dengan merangka pelbagai program demi manfaat mereka tetapi pembangkang sentiasa suka mencari kesalahan kerajaan.

"Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi kerajaan sedangkan pembangkang hanya pandai menabur janji tetapi tidak pernah menunaikannya, katanya semasa berucap di hadapan 10,000 penduduk dan peniaga selepas meninjau kawasan pasar Ampangan dan sekitarnya di sini, Sabtu.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan turut menemani Muhyiddin untuk melakukan tinjauan itu.

Muhyiddin juga mengingatkan penduduk Ampangan supaya tidak mengulangi kesilapan rakyat Selangor dan beberapa buah negeri yang memilih pembangkang seperti yang berlaku pada pilihan raya umum lalu.

Pada majlis itu, Muhyiddin mengumumkan peruntukan lebih RM5 juta untuk membangunkan pasar Ampangan di samping membaiki keadaan rumah pangsa penduduk kawasan itu yang terbiar sejak sekian lama.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM4 juta akan digunakan untuk membina sebuah pusat penjaja yang baru, RM500,000 untuk menambah baik pasar Ampangan dan RM950,000 untuk membaiki dan mengecat semula rumah pangsa Ampangan yang sudah lusuh dan tidak pernah dicat semula.

Sementara itu, Muhyiddin berkata kenaikan kos hidup yang semakin meningkat merupakan satu agenda penting yang mendapat perhatian utama kerajaan.

Katanya, beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selalu bertemu rakyat terutamanya golongan petani dan nelayan dan mereka berpendapat kenaikan kos sara hidup harus ditangani dengan serius.

"Semasa saya menjadi Menteri Pertanian, harga ayam adalah RM5 sekilo dan hari ini ia sudah naik kepada RM8.50 sekilo. Saya ingin mengingatkan rakyat bahawa kenaikan kos sara hidup bukan dinaikkan oleh kerajaan dan ini biasanya berkaitan dengan kos tinggi yang terpaksa ditanggung oleh peniaga," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan