Campur Tangan Kerajaan Penuhi Impian Rakyat Miliki Rumah Berkualiti: Najib

Diterbitkan: Sabtu, 15 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, campur tangan kerajaan melalui program khusus telah membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah berkualiti.

Beliau berkata, kerajaan melalui program khusus seperti program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) untuk membangunkan perumahan mampu milik bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana yang hidup di bandar-bandar besar sehingga terpaksa menanggung kos perbelanjaan harian yang tinggi khususnya kos pengangkutan.

"Memiliki rumah sendiri adalah satu impian dan cita-cita rakyat yang diambil berat oleh kerajaan. Ini adalah kerana memiliki rumah sendiri akan menyemai perasaan memiliki.

"Kalau tiada campur tangan dan intervensi kerajaan melalui program khusus, maka ramai tidak mampu memiliki rumah yang berkualiti dan berdekatan dengan tempat kerja," katanya pada Majlis Cabutan Undi Terbuka untuk 560 unit rumah mampu milik pertama yang dikendalikan Unit PR1MA di sini, Sabtu.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias, Anggota Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaludin Mohd Jarjis.

Najib berkata, rumah dan tempat kerja yang berdekatan akan meningkatkan produktiviti kerja.

Beliau berkata, penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar telah menimbulkan implikasi yang perlu ditangani kerajaan bagi mengelak tekanan sosio-ekonomi termasuk harga tanah atau rumah yang melambung tinggi sehingga rumah di kawasan bandar di luar kemampuan rakyat.

"Apabila berlaku keadaan ini, mereka terpaksa tinggal di kawasan berjauhan dari tempat kerja yang akan menimbulkan pelbagai kesukaran, termasuk pertambahan kos pengangkutan.

"Selain mengisi impian dan cita-cita rakyat untuk memiliki rumah, rumah dan tempat kerja yang berdekatan dapat meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos perbelanjaan harian rakyat," katanya.

Najib turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan meneruskan usaha untuk menyediakan lebih banyak rumah mampu milik kepada rakyat di negara ini. Beliau berkata unit PR1MA telah menerima sambutan hangat apabila terlebih langgan 13 kali, iaitu lebih daripada 7,000 permohonan untuk mendapatkan 560 unit rumah di sini.

"Permulaan Program PR1MA, kerajaan akan membangunkan lebih banyak projek-projek ini di seluruh neegara dalam tempoh terdekat," katanya.

Najib berkata, kerajaan akan menyediakan kemudahan-kemudahan lain seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan lain-lain untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di bawah Program PR1MA.

Fasa pertama PR1MA yang terletak di Presint 11, di sini, dibangunkan Putrajaya Holdings Sdn Bhd merangkumi 420 unit rumah berkeluasan 815 kaki persegi dan bernilai RM120,000 dan 140 unit yang berkeluasan 1,006 kaki persegi yang bernilai RM150,000. Harga pasaran unit-unit yang ditawarkan ini berharga RM175,000 dan RM220,000. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan