300 Pelajar Terima Komputer Riba 1Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 15 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seramai 300 pelajar dari 11 sekolah menengah daripada keluarga berpendapatan kurang RM3,000 sebulan di kawasan Parlimen Kuantan hari ini menerima komputer riba 1Malaysia (netbook).

Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Timur Mohd Shafie Harun berkata, pengagihan netbook itu diharap dapat membantu pelajar menambah ilmu pengetahuan selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

"Pelajar yang menerima kemudahan netbook ini diharap dapat menggunakannya bagi tujuan pembelajaran dan perkara yang bermanfaat bukannya untuk tujuan yang tidak baik," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian komputer itu di Sekolah Menengah Teknik Kuantan, di sini, hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Chang Hong Seong dan Pengetua SM Teknik Kuantan, Idris Abdul Rahim.

Seorang pelajar, Norsuhaila Abdullah, 19, menganggap pengagihan komputer 1Malaysia sebagai penyuntik semangat untuk pelajar belajar lebih bersungguh-sungguh.

Pelajar SM Teknik Kuantan itu juga menyifatkan usaha kerajaan itu amat baik dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk menerokai ilmu pengetahuan khususnya bidang ICT.

Seorang lagi pelajar, Yee Wai Ting, 17, berkata netbook 1Malaysia yang diagihkan itu akan memudahkan pelajar membuat rujukan melalui capaian internet.

"Saya akan gunakan komputer yang saya dapat ini untuk belajar dengan bimbingan guru dan rakan yang pandai menggunakan komputer," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan