Tiada Pengambilan Tanah Di Jalan Sultan: Nazri

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Projek Aliran Transit Massa (MRT) tidak akan melibatkan pengambilan tanah di Jalan Sultan, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Khamis.

"Oleh itu, tidak timbul isu penjajaran semula atau pengambilan tanah di Jalan Sultan. Perkara ini dipersetujui pada pertemuan saya dengan ketua pegawai eksekutif MRT Co Azhar Abdul pada Isnin," kata Mohd Nazri kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada majlis yang membicarakan tentang penghapusan hukuman mati di Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Beliau berkata MRT Co juga bersetuju membayar pampasan kepada pemilik harta di Jalan Sultan yang dijangka mengalami kerugian daripada segi perniagaan apabila mereka dikehendaki meninggalkan harta masing-masing dalam tempoh pembinaan projek itu.

Kini, terserahlah kepada pemilik tanah di Jalan Sultan untuk membuat keputusan sama ada menerima cadangan MRT Co itu atau sebaliknya, kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan