Pokai Gesa Kerajaan Pusat Kawal Harga Barang

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Persatuan Orang Kedah Anti Inflasi atau Pokai pada Jumaat mengadakan demostrasi aman bagi menggesa kerajaan memantau harga barang yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Seorang anggota kumpulan itu, Mohd Azizi Abdullah, 35, berkata kenaikan harga barang sejak akhir-akhir ini seperti ayam, sayur, cili merah dan bawang dilihat sangat keterlaluan dan menindas masyarakat terutamanya di luar bandar.

"Masyarakat di kawasan ini (Kuala Kedah) hanya bekerja sebagai nelayan dan petani. Jadi kenaikan harga barang amat dirasai dan membebankan kami. Kami harap kerajaan dapat terus memantau harga barang bukan sahaja semasa musim perayaan tetapi hari-hari lain juga perlu dipantau," katanya selepas mengadakan demostrasi aman anti inflasi berhampiran Pasar Besar Alor Setar dekat sini, Jumaat.

Mohd Azizi berkata walaupun harga minyak turun sedikit tetapi harga barang-barang lain terus meningkat dan membebankan rakyat.

"Kami bukannya bergaji besar. Walaupun kenaikan harga sesetengah barang itu sedikit, tetapi ia tetap dirasai," katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Pasar Besar Alor Setar mendapati harga ayam menurun berbanding 10 hari lepas.

Seorang peniaga ayam Johari Saad, 37, berkata kini dia menjual ayam dengan harga RM7 sekilogram berbanding RM7.80 sekilogram pada 10 hari lepas.

"Harga ayam tak pernah sampai RM8 sekilogram... 10 hari lepas ayam mahal kerana pembekal mengalami masalah kekurangan ayam sebab banyak ayam mati sebelum disembelih. Jadi mereka terpaksa menjual kepada kami dengan harga yang tinggi dan kami juga terpaksa menaikkan sedikit harga ayam bagi mendapat sedikit keuntungan," katanya.

Johari berkata dia berharap agar harga ayam bukan hanya dikawal semasa musim perayaan sahaja tetapi pada setiap masa.

"Saya juga pengguna. Jadi bila ada pengguna merungut harga mahal, kami yang berniaga turut terasa. Kami terpaksa menjual dengan harga itu kerana harga yang kami dapat daripada pembekal juga tinggi," katanya.

Lim Chong Heng, 41, yang turut berniaga ayam meminta agar kerajaan meletakkan harga siling kepada ayam kampung kerana harganya terlalu tinggi iaitu RM11 sekilogram.

"Walaupun tak banyak yang cari ayam kampung tapi ia tetap mendapat permintaan. Jadi saya harap harga ayam kampung dapat dikawal bagi tidak membebankan pengguna," katanya.

Seorang peniaga cili merah V. Vasudi Devi berkata harga cili merah terlalu tinggi iaitu RM10 hingga RM15 sekilogram.

"Kenaikan ini mungkin disebabkan cuaca yang selalu hujan sejak akhir-akhir ini. Bukan harga sahaja yang mahal malah kualiti cili merah juga merosot. Pelanggan banyak merungut terutamanya yang nak sambut Deepavali minggu depan.

"Saya sebagai peniaga tak boleh nak buat apa-apa kerana saya dapat daripada pembekal pun memang mahal," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan