Pihak Berkuasa Malaysia, China Bincang Isu Sarang Burung

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kedua-dua pihak berkuasa Malaysia dan China akan berbincang mengenai isu dua syarikat pemborong negara itu menghentikan penjualan sarang burung diimport dari Malaysia atas arahan pihak berkuasa negara tersebut.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong berkata perbincangan tersebut dijangka diadakan di China dalam tempoh dua minggu yang akan datang berhubung tindakan dua pemborong berkenaan di Guangzhou.

"Kami di pihak kementerian akan menemui pihak berkuasa di China bagi mencari penyelesaian terhadap perkara tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perayaan Hari Telur Sedunia di sini, Jumaat.

Dilaporkan sebelum ini bahawa pihak berkuasa China merasa bimbang kerana apa yang mereka dakwa sebagai kandungan bahan nitrat berlebihan dalam sarang burung merah yang terkenal sebagai 'sarang darah' yang diimport dari Malaysia.

Sementara itu Chua berkata industri telur Malaysia menghasilkan pendapatan sebanyak antara RM1.8 hingga RM2 bilion kepada negara setahun dan pihak kementerian berharap ia dapat ditingkatkan dari masa ke semasa.

Katanya, negara juga telah menunjukan peningkatan pengeluaran telur yang memberangsangkan daripada 15 juta biji yang berjaya dihasilkan sehari kepada 20 juta.

"Dengan adanya proses moden dari segi vaksinasi dan cara-cara lain kita dapat lihat peningkatan pengeluaran daripada 15 juta sehingga kepada 21 juta biji sehari," katanya.

Chua berkata pihaknya sentiasa bekerjasama dengan pihak yang mempunyai kaitan dengan industri pengeluaran telur untuk meningkatan lagi jumlah tersebut.

Menurutnya, antara negara yang mengimport telur dari Malaysia ialah Hong Kong sementara Singapura merupakan pengimport terbesar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan