Peringatan Kepada Jemaah Haji:Tidak Ada Dam Was-Was

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEKAH: Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya melaksanakan ibadah haji serta umrah dengan penuh yakin dan tidak terikut-ikut dengan sebarang perbuatan meragukan yang mungkin dilakukan oleh jemaah haji dari negara lain.

Pengerusi Pakar Rujuk Tabung Haji Datuk Seri Hassan Ahmad berkata perbuatan yang dilakukan oleh jemaah negara lain itu mungkin mengikut Mahzab yang diikuti mereka, atau mungkin juga ia perbuatan khurafat.

Beliau berkata lebih serius lagi pernah satu ketika dahulu beliau mendengar ada kes jemaah membayar 'dam was-was' kepada pihak tidak bertanggungjawab yang hanya mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang.

"Tidak ada dam was-was, ia cuma sesuatu yang direka-reka oleh pihak tertentu," katanya kepada kumpulan wartawan Tabung Haji di sini, Khamis.

Beliau berkata apa yang penting ialah jemaah haji perlu yakin dengan kursus-kursus haji yang dijalani, dan bertanya kepada 37 pembimbing yang disediakan Tabung Haji sekiranya ada sebarang keraguan.

"Jika masih ada keraguan, boleh jumpa kami pakar rujuk," kata Hassan yang juga merupakan Mufti Pulau Pinang.

Selain beliau, dua lagi pakar rujuk yang disediakan oleh Tabung Haji bagi musim haji kali ini ialah Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadot, dan anggota penasihat Tabung Haji Ustazah Maznah Daud.

Pakar rujuk juga, katanya akan mengadakan perjumpaan dengan semua pembimbing dari semasa ke semasa untuk mendapat maklum balas, memberi penerangan dan membuat penyelarasan berhubung soal haji serta umrah.

Beliau berkata antara persoalanan yang sering diutarakan oleh jemaah berhubung permasalahan haji ialah isu berkaitan haid, dan menurutnya beliau sedang bekerjasama dengan pihak Tabung Haji untuk menerbitkan buku panduan berhubung permasalahan itu untuk diedarkan kepada bakal-bakal haji. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan