Pengeluaran MyKad Dalam Sehari Diperluas Ke Seluruh Negara

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengeluaran MyKad dalam masa sehari berkonsepkan 'tunggu dan siap' yang diperkenalkan di Melaka dan Sabah tahun lepas, akan diperluas ke seluruh negara, kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datin Jariah Mohd Said.

Beliau berkata JPN Kluang di Johor merupakan lokasi ketiga dipilih sebagai pusat pelaksanaan khidmat ekspres itu, yang akan dilancarkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Sabtu ini.

"Dengan adanya kemudahan ini, JPN berharap mengulangi kejayaan sama di JP NMelaka dan Sabah yang merekodkan penjimatan tempoh menunggu permohonan siap MyKad sehingga kadar 97.5 peratus berbanding sebelumnya," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata pemantauan terhadap tiga lokasi berkenaan akan dibuat secara berterusan sebelum kemudahan sama diperluas kepada semua JPN negeri di seluruh negara.

"Hal ini selaras dengan inisiatif JPN untuk memastikan sasaran semua penduduk Malaysia mempunyai MyKad sebelum akhir 2013 mampu dicapai," katanya.

Jariah berkata aktiviti Unit Khas Bergerak akan diperkasa bagi membolehkan wakil JPN turun lebih kerap ke kawasan pedalaman dan pesisir pantai seluruh negara khususnya di Sabah dan Sarawak sekali gus membantu mengatasi masalah penduduk yang mengalami kesukaran untuk datang sendiri ke JPN. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan