Najib Mahu Malaysia-Indonesia Cari 'Pelesit' Rosak Hubungan Dua Hala

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mahu Malaysia dan Indonesia mencari "pelesit" yang cuba merosakkan hubungan mesra dan rapat anatara kedua-dua negara itu.

Sambil menyatakan hubungan baiknya dengan pucuk pimpinan negara jiran itu, Perdana Menteri berkata kedua-dua negara perlu rapatkan hubungan dan mesti bersatu.

"Rapatkan hubungan, jangan ikut emosi (dengan) kepung kedutaan kita, kita mesti bersatu, apa gunanya kalau ada dalang-dalang yang sanggup merosakkan hubungan yang begitu mesra," katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen Dunia Melayu, Dunia Islam (DMDI) Ke-12 di sini, malam Khamis.

Najib berkata jika kedua-dua negara saling membantu, beliau yakin hubungan antara Malaysia dan Indonesia dapat dijalinkan dengan lebih erat lagi.

Beliau turut berharap DMDI dapat memainkan peranan membantu menyelesaikan masalah yang timbul melibatkan kedua-dua negara.

Ucapannya merujuk kepada insiden Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menjadi sasaran demonstrasi oleh kumpulan penduduk Indonesia termasuk Laskar Merah Putih berhubung isu sempadan Malaysia-Indonesia.

Isu sempadan itu ditimbulkan Timbalan Ketua Suruhanjaya 1, Dewan Perwakilan Rakyat Tb Hasanuddin, minggu lepas yang mendakwa Indonesia kehilangan 1,400 hektar di Camar Bulan dan 800 meter garis pantai di Tanjung Datu kononnya diambil secara haram oleh Malaysia.

Bagaimanapun, empat menteri Indonesia termasuk Menteri Luar Marty Natalegawa dilaporkan menafikan dakwaan itu kerana ia tidak berasas.

Ini adalah hari kedua berturut-turut demostrasi diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia berhubung itu selepas kumpulan Forum Betawi Rempug (FBR) berbuat demikian semalam.

Mengenai DMDI, Perdana Menteri berkata gagasan itu boleh menjadi jalinan kedua bagi mengeratkan lagi hubungan antara negara-negara dalam DMDI terutama hubungan rakyat dengan rakyat.

Bagi mengukuhkan DMDI, Najib meminta pemimpin gagasan itu berusaha meningkatkan pengumpulan dana, kegiatan kebajikan, pendidikan dan ekonomi negara anggota.

Beliau berkata sekiranya mahu terus diagungkan, bangsa Melayu perlu menguasai ilmu terkini termasuk inovasi dan kreativiti yang menjadi penjana kekayaan.

Pada majlis itu, Perdana Menteri melancarkan bank data DMDI dan menyampaikan anugerah tokoh DMDI kepada Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Gabenor Sumatera Selatan Alex Noerdin yang masing-masing dianugerahkan Tun Perak DMDI. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan