Malaysia Anjur Dialog Mengenai Perdagangan Hakcipta Bagi Penerbit Di Asia Tenggara

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

FRANKFURT: Malaysia menjadi peneraju dalam mengelolakan apa yang dipanggil 'dialog' mengenai perdagangan hakcipta penerbit di Asia Tenggara pada Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt yang berlangsung selama lima hari sejak Rabu lepas.

Dr A. Azmi Shahri, pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (NBCM), yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pelajaran, memberitahu Bernama selain perdagangan hakcipta, Malaysia seperti juga industri penerbitan asing, amat berminat dengan perlindungan hak harta intelek di rantau Asia Tenggara.

Kepentingan Malaysia sebagai tapak penerbitan buku, digambarkan menerusi peningkatan mendadak judul buku, sehingga 15,000 setahun sebelum ini kepada unjuran 26,000 judul tahun depan.

"Tujuan kami menyertai pameran ini ialah untuk menjual hakcipta buku dan bukan hanya penerbitan buku," jelas Dr Azmi.

"Tambahan pula, Malaysia telah memeterai perjanjian bilateral dan multilateral untuk terus komited dalam melindungi hak harta intelek," katanya.

Dr Zahri Aziz, seorang timbalan ketua pengarah di Kementerian Pelajaran Malaysia, berkata industri penerbitan Malaysia mengemukakan 'konsep yang jelas' dengan menawarkan buku terbaiknya pada pameran berkenaan.

"Kami mempamerkan 50 judul terbaik dari Malaysia," kata Dr Zahri, sambil menambah penerbit Malaysia digalakkan bekerjasama dengan penerbit, pengarang dan rakan kongsi lain yang berkaitan di luar negara.

Menurut penolong pengarah NBCM Adibah Omar, Asia Tenggara sendiri merupakan sebuah pasaran yang menguntungkan dan sebuah medan yang lebih besar berbanding Malaysia.

Wilayah ini merupakan tempat yang menarik untuk menjual hakcipta disebabkan demografi yang berubah-ubah dan banyak peluang yang ditawarkan oleh pelbagai bahasa, katanya.

Thanachai Santichaiku, penasihat Persatuan Penerbit dan Penjual Buku Thai yang turut mengambil bahagian dalam dialog di bawah naungan Malaysia, berkata pasaran kini berkembang pesat daripada segi hak membeli dan menjual.

Raman Krishnan, penerbit Silverfish Books, bercakap mengenai 'kebangkitan semula' dalam penerbitan berbahasa Inggeris di Malaysia, sungguhpun ia masih jauh ketinggalan di belakang penerbitan bahasa Malaysia dan Cina.

NBCM menyerlahkan hakikat bahawa 50 daripada judul terbaik dari Malaysia mewakili 'sebahagian daripada nilai-nilai kesusasteraan terbaik' di negara ini.

Buku yang memenangi anugerah berjudul 'Kulit Manis: A Taste of Terengganu's Heritage' mendapat tempat utama di ruang pameran di astaka Malaysia beserta dua lagi buku bacaan santai bergambar bertajuk 'Ulam' dan 'Perak' (Buku mengenai Hutan Hujan).

Malaysia turut menawarkan khidmat penyumberan luar seperti terjemahan dan cetakan.

Pengarah Urusan Institut Terjemahan Negara Malaysia (MNIT) Mohd Khair Ngadiron berkata institut itu mempunyai 79 judul sendiri yang telah pun diterjemah ke dalam pelbagai bahasa, sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris dan Perancis.

Terjemahan itu dihasilkan dua tahun lepas.

"Selain menjual hakcipta bagi judul kami, kami turut mencari penerbit bersama untuk menjadi rakan kongsi kami dalam usahasama perniagaan," kata Mohd Khair.

"Pada 2010 kami memeterai perjanjian dengan Les Indes Savantes dari Paris yang kami temui di pesta buku ini," katanya.

Institut itu dijangka melancarkan tiga judul buku dalam bahasa Perancis pada 19 Oktober. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan