Lebih 4 Juta Anggota Penguatkuasa Digerak Untuk Program 6P

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Lebih empat juta anggota penguatkuasa akan digerakkan secara bersepadu di seluruh negara semasa operasi besar-besaran dilaksanakan terhadap majikan serta pendatang asing tanpa izin yang ingkar terhadap Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Mahmood Adam berkata operasi itu, yang membabitkan lokasi darat, laut dan sempadan daratan bakal diterajui Jabatan Imigresen.

"Operasi itu akan disokong pelbagai agensi lain termasuk hampir tiga juta anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), 125,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 110,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Agensi Penguatkuasa Pelaksanaan Program 6P anjuran KDN yang kali pertama diadakan di sini, semalam dan dipengerusikan Mahmood.

Mahmood berkata sebagai agensi peneraju, Jabatan Imigresen antara lain bertanggungjawab merancang dan menyediakan pelan strategik operasi penguatkuasaan, menyelaras tindakan di peringkat negeri dan melaporkan statistik harian penguatkuasaan kepada Jawatankuasa Pelaksana Program 6P di KDN.

Katanya berdasarkan prosedur operasi kerja yang dicadangkan KDN, majikan serta pendatang tanpa izin yang tidak berdaftar dengan Program 6P akan diberi satu tempoh khusus bagi tampil menyerah diri di mana-mana pejabat Jabatan Imigresen seluruh negara.

"Tindakan menyerah diri ini akan mengecualikan mereka daripada hukuman undang-undang tetapi pada masa sama, kedua-dua pihak (majikan serta pendatang) akan terikat dengan peraturan untuk menghantar pulang pendatang asing tanpa izin ke negara asal mereka dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh majikan," katanya.

Selaras dengan itu, katanya kerajaan akan mengumumkan tarikh akhir bagi proses menyerah diri dan selepas tamat tempoh itu, operasi penguatkuasaan besar-besaran akan dilaksanakan.

Beliau berkata operasi penguatkuasaan itu ialah dengan menahan majikan serta pendatang asing tanpa izin yang ingkar terhadap semua arahan di bawah pelaksanaan Program 6P, iaitu mendaftar bagi tujuan rekod biometrik atau menyerah diri selepas gagal melaksanakan pendaftaran. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan