Kumpulan ZCM Bayar Pampasan Kepada Penduduk Terjejas Akibat Banjir Lumpur

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN:Kumpulan ZCM mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas semua pihak yang terjejas akibat banjir lumpur di Sri Jaya, Maran yang disebabkan dinding salah sebuah kolam di kawasan tapak kilang pemprosesan bijih besi oleh sebuah anak syarikat kumpulan itu pecah pada Ahad lepas.

Presiden Kumpulan ZCM, Datuk Seri Tan Hoe Beng berkata syarikat akan membayar pampasan dan ganti rugi kepada penduduk yang rumah dan tanaman mereka musnah dalam kejadian itu.

"Bagi rumah-rumah dan kedai yang terjejas teruk dalam kejadian itu, pihak kami telah mengambil tanggungjawab membaiki dan mencuci kediaman mereka selain membayar pampasan sewajarnya kepada mereka," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Tan yang kesal dengan kejadian itu berkata kerja pembersihan jalan dan rumah penduduk di kawasan yang terjejas dengan banjir lumpur itu yang telah bermula dijangka siap dalam tempoh sebulan.

Katanya untuk rancangan jangka panjang, syarikat bercadang membina kediaman untuk penduduk di kawasan yang difikirkan bersesuaian dan selamat daripada sebarang kejadian seperti ini yang mungkin berlaku pada masa akan datang.

Beliau berkata syarikat menjalankan tanggungjawab korporat berikutan kejadian banjir lumpur yang membabitkan kawasan tapak kilang Phoenix Lake Sdn Bhd seluas 68.26 hektar itu sedikit sebanyak telah menjejaskan kegiatan sosio-ekonomi penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan perlombongan itu.

Katanya kejadian banjir lumpur pada pukul 10 malam, 9 Okt lepas telah mengakibatkan dua buah rumah, sebuah kedai dan lapan buah trak rosak teruk manakala kawasan ladang sawit seluas 12.15 hektar, tanaman pisang dan tebu yang diusahakan penduduk turut terjejas.

"Kejadian banjir lumpur itu berpunca daripada dinding sebuah daripada tiga kolam yang terdapat di tapak kilang berkenaan pecah berikutan berlakunya laluan air di bawah tanah," katanya.

Tan berkata ketika kejadian, kapasiti takungan air dalam kolam tersebut adalah kira-kira enam juta gelen ekoran penerimaan air hujan yang banyak di tapak kilang terbabit dalam tempoh seminggu sebelum kejadian.

Katanya, kolam itu asalnya sebuah lombong tinggal yang kini dalam peringkat kerja-kerja pengukuhan untuk berfungsi semula sebagai kolam pemendapan di mana dua kolam lain yang telah siap yang mempunyai fungsi masing-masing bagaimanapun tidak terjejas.

Menurutnya berikutan kejadian itu, arahan menghentikan semua kerja di tapak kilang segera dikeluarkan di mana jentera dan mesin dipindahkan dari bahagian tinggi ke kawasan rendah bagi membantu kerja-kerja pembersihan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan