Dua Kumpulan Mahu Adakan Referendum Penggunaan PPSMI

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua kumpulan akan mengadakan referendum untuk melihat sejauh mana orang ramai menyokong pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Kumpulan Persatuan Ibu Bapa Pendidikan Malaysia (Page) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) akan membuat rayuan kepada Kementerian Pelajaran supaya mempertimbangkan suara ibu bapa yang mahu PPSMI kembali di ajar di sekolah.

Pengerusi Page, Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata demikian pada satu sidang bersama Presiden JMM, Azwanddin Hamazah pada Khamis.

Polisi PPSMI telah diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan dilaksanakan mengikut fasa bermula dari pelajar tahun Satu, tingkatan Satu dan pelajar tingkatan Enam bawah pada 2003.

Pada 2009, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin telah mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memansuhkan polisi PPSMI dan kembali mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah Cina serta Tamil.

Sementara sekolah lain pula mereka dibenarkan meneruskan pengajaran kedua-dua subjek berkenaan dalam Bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, Ogos lalu Muhyiddin berkata kerajaan masih terbuka dalam perkara tersebut.

Noor Azimah berkata, sehingga kini, Page telah menghantar enam memorandum dengan tiga daripadanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan tiga lagi kepada Muhyidddin bagaimanapun dia belum menerima sebarang jawapan mengenainya.

Jelasnya, dalam surat yang dihantar kepada Najib pada akhir bulan Ogos, dia telah memohon untuk berjumpa Najib dan meminta beliau campur tangan dalam isu PPSMI.

Sementara itu, Azwanddin berkata JMM dan Page tidak meminta perubahan dalam penggunaan bahasa rasmi di sekolah.

“Kami hanya mahu melihat anak-anak kami diberi peluang untuk belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris,” katanya.

Menurutnya, ibu bapa mahu melihat anak mereka dididik mengikut apa yang mereka mahukan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.

Jelasnya, pelajar tingkatan Satu di sekolah menengah kebangsaan bermula Januari tahun hadapan adalah golongan yang paling terjejas dengan perubahan polisi berkenaan.

Justeru, Noor Azimah menasihati ibu bapa yang mempunyai anak yang akan belajar di tingkatan Empat pada tahun hadapan supaya menggesa pengetua sekolah mereka kembali menggunakan PPSMI di sekolah masing-masing.

“Ibu bapa yang sepatutnya memutuskan apakah bahasa pengantar yang sesuai digunakan bukan pengetua,” katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan