Deepavali:MIC Harap Peperiksaan Matrikulasi Ditangguhkan - Berita Semasa | mStar

Deepavali:MIC Harap Peperiksaan Matrikulasi Ditangguhkan

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Presiden MIC Datuk G.Palanivel berkata beliau telah membangkitkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai peperiksaan matrikulasi yang ditetapkan sehari selepas Deepavali (27 Oktober).

Palanivel berkata beliau juga telah bercakap dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai perkara yang sama dan Timbalan Perdana Menteri berkata beliau sedar mengenainya.

"Tan Sri Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajarn, berkata mereka sedang menimbangkan untuk menangguhkan peperiksaan itu ke satu tarikh baru," katanya menerusi SMS kepada Bernama di sini, Jumaat.

Palanivel, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata beliau membangkitkan perkara itu selepas menerima aduan menerusi SMS dan panggilan telefon daripada masyarakat India.

Beliau berkata penangguhan peperiksaan matrikulasi itu akan disambut baik oleh masyarakat India yang menyambut Deepavali dan berharap Timbalan Perdana Menteri akan membuat pengumuman secepat mungkin. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan