BePu Saran Pertimbang Pembantu Rumah Dari Kemboja

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PHNOM PENH: Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno Malaysia (BePu) menyarankan agar kerajaan mempertimbangkan pengambilan pembantu rumah dari Kemboja bagi menampung keperluan di Malaysia.

Pengerusinya Datuk Sohaimi Shahadan berkata langkah itu juga dapat mengurangkan kebergantungan bekalan dari sumber utama Indonesia.

"Dari pemerhatian, kita lihat ramai kaum wanita Islam hidup dalam kemiskinan tegar. Jadi saya mencadangkan supaya kerajaan mengambil pembantu rumah dari Kemboja kerana kebanyakan mereka boleh berbahasa Melayu dan budaya mereka juga tidak jauh berbeza dari budaya kita," katanya kepada media di sini.

Katanya secara tidak langsung kerajaan Malaysia juga dapat membantu umat Islam Kemboja yang rata-rata hidup dalam kemiskinan meningkatkan taraf hidup mereka.

Dalam perkembangan sama, Sohaimi yang juga Pengerusi Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia Muda, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Cambodian Muslim Intellectual Alliance (CMIA) bagi mewujudkan 10 mini francais apam balik di sini, menjelang hujung tahun ini. Selain itu, BePU dan CMIA juga akan membangunkan sebuah Maahad Tahfiz Antarabangsa Malaysia-Kemboja di Phum Soy, Negeri Kampung Champ tahun depan, katanya.

Maahad tahfiz yang boleh memuatkan sehingga 1,000 pelajar Melayu Champa itu akan berperanan sebagai pusat pembelajaran al-Quran bagi pelajar berusia seawal 10 tahun.

"Maahad tahfiz berkenaan akan dibina di atas tanah berkeluasan dua ekar, dan setakat ini empat guru tahfiz warga Kemboja yang pernah menuntut di Malaysia sudah menawarkan diri untuk menjadi tenaga pengajar," katanya.

Sehubungan itu katanya, BePU akan melancarkan tabung untuk mengumpul RM300,000 bagi menampung kos pembinaan maahad tahfiz tersebut. Kerja pembinaan akan dijalankan sebaik sahaja pengumpulan dana itu selesai, yang dijangka dapat dicapai dalam masa enam bulan, katanya.

"...buat masa sekarang kita sedang mengkaji silibus yang akan dibawa dari Malaysia untuk disesuaikan dengan pelajaran di sini," katanya.

Pada majlis itu, Sohaimi turut menyampaikan 10,000 naskhah al-Quran dan muqaddam untuk tiga buah kampung iaitu Kampung Thnal Keing, Kampung PhumbongRo dan Kampung Phum Soy, hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui Program Wakaf Quran untuk Melayu Champa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan