Banjir di Indochina Paksa Malaysia Cari Bekalan Beras Daripada Negara Lain

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Banjir yang melanda negara Indochina telah menimbulkan kerisauan bukan sahaja terhadap keselamatan awam malah bekalan makanan termasuk beras.

Lebih memburukkan keadaan apabila kira-kira 1.5 juta hektar kawasan penanaman padi di Thailand, Vietnam, Kemboja dan Laos musnah akibat banjir buruk yang melanda negara masing-masing.

Kejadian tersebut telah menjejaskan bekalan beras di negara ini, kerana hampir 30 peratus bekalan beras Malaysia diimport daripada negara-negara berkenaan.

Bukan itu sahaja, harga komoditi berkenaan dijangka melambung tinggi ekoran kekurangan bekalan dalam tempoh terdekat.

Satu pertiga bekalan beras Malaysia diimport daripada Thailand manakalah separuh daripada bekalan tersebut masih berada di Bangokok dan tidak dapat dihantar kerana banjir buruk yang melanda negara gajah putih itu.

Timbalan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Johari Baharum berkata Malaysia akan mencari bekalan beras alternatif daripada negara Pakistan dan India serta negara-negara lain.

“Kita mempunyai sejuta tan metrik bekalan beras yang mampu bertahan untuk tempoh lima bulan. Selain daripada itu, 70 peratus bekalan beras yang lain merupakan sumber yang diperolehi daripada petani tempatan dan sumber ini tidak terjejas.

“Justeru bekalan beras kita tidak terjejas kerana penanaman padi secara berterusan di negara ini telah mengurangkan kebergantungan kepada import beras daripada negara luar,” katanya

Rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 180,000 tan beras setiap bulan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan