Pemimpin Dan Rakyat Diminta Martabatkan Bahasa Melayu

Diterbitkan: Khamis, 13 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pemimpin dan rakyat perlu memberi sokongan penuh terhadap usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan menggunakannya secara betul, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata Bahasa Melayu berkemampuan menjadi bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan bahasa komersial yang mempunyai masa depan yang amat cerah.

"Orang ramai jangan rasa kurang martabat jika menuturkan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 peringkat kebangsaan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini, Khamis.

Rais berkata dalam dunia global kini, amat mudah bagi Bahasa Melayu tercicir, tambahan masih terdapat pihak swasta di negara ini yang terlalu sedikit memainkan peranan mempromosikan bahasa kebangsaan itu.

Beliau berkata Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan terus menguar-uarkankan dan mengisi program memartabatkan bahasa kebangsaan itu melibatkan semua pihak termasuk kerajaan dan swasta.

"Pada 20 Oktober ini, kami akan mengadakan program khas yang menganugerahkan penghormatan kepada seorang penulis kamus Mandarin-Melayu sebagai tanda kepada masyarakat Tionghua khasnya dan Malaysia amnya, Bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mempunyai masa depan yang amat cerah," katanya.

Ditanya tahap penggunaan bahasa kebangsaan di stesen televisyen dan radio di negara ini, Rais berkata semua stesen televisyen dan radio mengikut garis panduan yang ditetapkan.

"Stesen televisyen dan radio telah mempunyai dasar yang jelas iaitu melebihi 60 peratus segmen Bahasa Melayu...program tempatan memenuhi 60 peratus yang ditetapkan," katanya.

Bagaimanapun, menurut Rais, penggunaan bahasa Melayu "agak longgar" bagi segmen iklan dan ianya akan diperbaiki. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan