Mesrakan Undang-undang, Kawal Aturan Dan Inovasi - Dr Mahathir

Diterbitkan: Khamis, 13 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan mesti meneliti semula undang-undang dan kawal aturan serta mengemas kini, jika perlu, bagi menjadikannya mesra inovasi, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

Beliau berkata kerajaan wajar menyemak semula dasar bagi memastikan ia masih relevan kepada keadaan perniagaan semasa dan persekitaran yang pesat berkembang.

"Kita perlu menimbang sama ada undang-undang terbabit masih boleh dipakai hari ini atau tidak," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Persidangan Inovasi FMM di sini, Khamis oleh Menteri Saing, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili.

"Kecuali kita memahami dan membuat penyesuaian, kita tidak akan mendapat pendapatan tinggi," katanya merujuk ekonomi berpendapatan tinggi yang dihasratkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain usaha kerajaan, rakyat perlu mengubah minda supaya dapat berfikir secara inovatif, katanya.

"Jika ada perubahan minda, mudah untuk kita melakukan inovasi," katanya.

Bagaimanapun katanya, ahli perniagaan tidak wajar menganggap peraturan sebagai halangan untuk melakukan inovasi dalam perniagaan, dan menggesa mereka memikir secara inovatif.

"Jika mereka (ahli perniagaan memperhalusinya, mereka dapat memiliki kelebihan untuk diri sendiri dengan kemahiran yang mereka miliki," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan