Kedutaan Besar Malaysia Terus Jadi Sasaran Demonstrasi

Diterbitkan: Khamis, 13 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta terus menjadi sasaran demonstrasi oleh kumpulan penduduk Indonesia berhubung isu sempadan Malaysia-Indonesia dan pada Khamis oleh kumpulan Laskar Merah Putih (LMP).

Kira-kira 70 anggota LMP yang berpakaian seragam celoreng mengadakan tunjuk perasaan selama satu setengah jam dengan membawa sepanduk dan berucap mengecam Malaysia, yang didakwa telah mengambil secara haram lebih 1,000 hektar tanah di Kalimantan Barat, yang bersempadan dengan Sarawak.

Anggota polis yang berkawal di depan bangunan kedutaan besar itu telah menghalang mereka daripada memasang bendera di pintu pagar dan menyekat kumpulan itu daripada mendekati pintu pagar.

Sebelum bersurai, kumpulan yang dipimpin oleh Adek Erfil Manurung itu menyerahkan nota pernyataan pendirian mereka kepada seorang kakitangan di pos pengawal kedutaan itu dan mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan satu lagi demonstrasi berskala besar di situ pada 28 Oktober ini.

Pernyataan itu antara lainnya meminta Kerajaan Malaysia menyelesaikan isu pertikaian sempadan antara kedua-dua negara. Isu sempadan itu ditimbulkan Timbalan Ketua Suruhanjaya 1, Dewan Perwakilan Rakyat Tb Hasanuddin, hujung minggu lepas yang mendakwa Indonesia kehilangan 1,400 hektar di Camar Bulan serta 800 meter garis pantai di Tanjung Datu, kononnya telah diambil secara haram oleh Malaysia.

Bagaimanapun, empat menteri Indonesia, termasuk Menteri Luar Marty Natalegawa, dilaporkan menafikan dakwaan itu kerana ia tidak berasas.

Ini adalah hari kedua berturut-turut demostrasi diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia berkaitan isu itu, setelah kumpulan Forum Betawi Rempug (FBR) yang membawa anggota berjumlah 650 orang berbuat demikian semalam.

Demonstrasi semalam menjadi kecoh apabila apabila penunjuk perasaan melempar batu, kayu dan buluh ke dalam kawasan kedutaan besar itu kerana marah dihalang oleh pihak polis daripada memasang bendera FBR di pintu pagar bangunan pejabat kedutaan itu.

Perbuatan mereka telah mengakibatkan beberapa harta kedutaan rosak dan sembilan anggota polis Indonesia mengalami luka-luka kerana terkena benda-benda yang dilemparkan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan