Hu Tidak Hirau Arahan Tutup Mulut Daripada Parti

Diterbitkan: Khamis, 13 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Pengerusi Kongres Penyokong PAS Hu Pang Chaw, yang menentang pelaksanaan undang-undang hudud yang dicadang PAS, bekata dia telah diberi amaran supaya jangan membincangkan isu tersebut kepada media.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak akan berhenti berbincang mengenai kemungkinan kesan undang-undang hudud terhadap rakyat bukan Islam.

“Pihak media berhak mengetahui apa yang berlaku dalam parti. Saya tidak takut diambil tindakan disiplin kerana apa yang saya lakukan adalah demi kebaikan ahli-ahli Kongres,” katanya dalam satu temubual di sini, Rabu.

Ketua Pemuda PAS Kelantan Abdul Latiff Abdul Rahman dalam kenyataannya yang diterbitkan dalam portal Harakahdaily.net dilaporkan mengarahkan Hu supaya jangan mengancam kerajaan negeri atau parti berhubung isu tersebut.

Abdul Latiff berkata, Hu yang merupakan bekas wartawan sebuah harian China di sini, hendaklah membincangkan rasa tidak puas hati dalam kalangan parti dan tidak mendedahkannya kepada pihak media.

“Inilah masalahnya, parti tidak telus berhubung isu ini,” kata Hu.

“Pada pendapat saya PAS Kelantan seharusnya menejelaskan mekanik pelaksanaan undang-undang hudud kepada akar umbi terlebih dahulu sebelum mengumumkan ke seluruh negara,” katanya.

“Saya serahkan nasib saya kepada para pemimpin tertinggi dan terpulang kepada mereka untuk mengambil sebarang tindakan,” katanya.

Kongres tersebut ditubuhkan ekoran penubuhan Kelab Penyokong PAS pada permulaan pilihan raya umum 2004 untuk menarik minat pengundi bukan Islam sebagai menangkis tanggapan bahawa parti itu menentang mereka.

Kelab tersebut ditukarkan menjadi Kongres Penyokong PAS dan diiktiraf sebagai sayap penuh parti tersebut pada Mei tahun lalu bagi mempromosi penjenamaan semula imej “PAS untuk Semua”.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan