Duta Thailand: Makanan Mencukupi Bagi Eksport Meskipun Banjir

Diterbitkan: Khamis, 13 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Thailand berkata ia mempunyai makanan yang mencukupi untuk dieksport ke Malaysia dan negara-negara lain meskipun negara itu dilanda banjir paling teruk dalam tempoh beberapa dekad.

"Ini masalah jangka pendek," kata Duta Thailand ke Malaysia, Songsak Saicheua, di sini, Khamis.

Beliau berkata kawasan utara dan tengah Thailand terjejas oleh banjir manakala kawasan selatan selamat, dan simpanan makanannya mencukupi. "Kami mendapat bantuan segera daripada empat negara, iaitu China, Jepun, Amerika Syarikat dan New Zealand, untuk menangani masalah ini. Sementara itu, kami juga mengalu-alukan bantuan daripada negara-negara lain," katanya. Saicheua berkata demikian pada pelancaran tertutup Persidangan Perniagaan Tani Nilai Tinggu dan Ekspo Perdagangan 2011 Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) di sini Khamis. Acara itu turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Saicheua berkata bantuan yang dihulurkan oleh negara-negara jirannya telah sampai ke kawasan-kawasan yang dilanda banjir dan telah mempercepat pemulihan Thailand. Sementara itu, Nor Mohamed berkata persidangan dan ekspo BIMP-EAGA dan IMT-GT bertujuan menggalakkan kegiatan pelaburan yang diterajui sektor swasta dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh sektor awam. "Penyertaan sektor swasta amat penting dalam sektor pertanian untuk mengubahnya ke arah pengkhususan dalam pertanian nilai tinggi menerusi pelaburan langsung asing (FDI)," katanya.

Kata Nor Mohamed, FDI boleh menggalakkan pertumbuhan pertanian nilai tinggi melalui usaha menghubungkan peladang-peladang di negara-negara membangun dengan pasaran-pasaran eksport nilai tinggi. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan