Demonstrasi Di Kedutaan M'sia Untuk Tarik Perhatian Pihak Tertentu Di Indonesia: Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 13 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Tindakan sekumpulan rakyat Indonesia mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan negara di Jakarta berkemungkinan bertujuan mahu menarik perhatian pihak-pihak tertentu di sana terhadap masalah yang dihadapi mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata kumpulan rakyat Indonesia itu mahu menjadikan Malaysia sebagai "punching bag" (tempat melepas geram).

"Masalah ini adalah masalah dalaman berkait dengan isu tempatan tetapi kita yang menjadi sasarannya. Mungkin mereka mahu menarik perhatian pihak tertentu di sana terhadap masalah mereka," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri perjumpaan khas dengan warga institusi pengajian tinggi Melaka di Bangunan Seri Negeri di sini.

Beliau diminta mengulas demonstrasi oleh sekumpulan rakyat Indonesia di hadapan bangunan kedutaan negara di Jakarta semalam sehingga menyebabkan kerosakan kecil pada bangunan kedutaan.

Mereka dilaporkan bertindak demikian kononnya kerana marah terhadap Malaysia berhubung satu isu sempadan.

Kejadian di hadapan kedutaan negara di Jakarta itu turut menyebabkan sembilan anggota Polis Indonesia mengalami kecederaan.

Muhyiddin berkata demonstrasi itu sepatutnya tidak berlaku kerana dakwaan Malaysia merampas tanah milik republik itu itu adalah sesuatu yang tidak betul berdasarkan oleh siasatan Wisma Putra dan pihak berkuasa republik itu.

"Apa yang dituduh bahawa kita mengambil tanah di kawasan sempadan, itu adalah tidak benar, dan ia juga telah diputuskan oleh menteri di Indonesia," katanya.

Malaysia dan Indonesia mempunyai mekanisme khas iaitu Jawatankuasa Sempadan Bersama bagi menyelesaikan sebarang permasalahan tuntutan kawasan bertindih atau berkenaaan isu persempadanan antara kedua-dua negara, katanya.

Jawatankuasa itu, katanya, telah berfungsi dengan baik dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul antara kedua-dua negara. "Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan menerusi rundingan," kata Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia berjalan dengan baik, begitu juga di peringkat menteri serta pegawai kanan kerajaan kedua-dua negara.

Mengenai isu kenaikan harga barang berikutan pembentangan Belanjawan 2012, Muhyiddin berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, operasi dan Kepenggunaan sentiasa memantau kenaikan harga barang manakala Suruhanjaya Persaingan ditubuhkan bagi bertindak terhadap sebarang kegiatan tidak sihat oleh peniaga yang boleh menyebabkan kenaikan harga barangan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan