Demonstrasi Berterusan, Namun Lebih Terkawal

Diterbitkan: Khamis, 13 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tidak seperti semalam, demonstrasi hari kedua yang disertai lebih 70 penunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Khamis, berlangsung dalam keadaan yang aman dan terkawal.

Koresponden Utusan Malaysia di sana, Sharuddin Musthafa, berkata pihak berkepentingan yang mengadakan tunjuk perasaan pada Khamis, berhimpun dalam keadaan terkawal selama satu setengah jam dengan hanya membawa sepanduk dan bendera berbanding provokasi yang dicetuskan, Rabu.

Demonstrasi anjuran Forum Betawi Rempug (FBR) itu masih meneruskan provokasi terhadap kerajaan kedua-dua buah negara ini dengan mengemukakan bantahan terhadap Malaysia berhubung isu sempadan.

“Berdasarkan pemerhatian saya, demonstrasi pada hari ini (Khamis) berlangsung dalam keadaan lebih aman dan terkawal berbanding tindakan liar penunjuk perasaan pada Rabu.

“Mereka tetap meneruskan dakwaan terhadap kita berhubung isu sempadan yang sebenarnya tidak berasas dan bukan satu isu pun,” katanya.

Sharuddin menambah, memandangkan perkara yang dibangkitkan itu bukan dakwaan yang berasas, beliau tidak melihat kita mempunyai sebab yang kukuh untuk memberikan respons terhadap provokasi berkenaan.

“Bagaimanapun, saya pasti kedua-dua belah kerajaan akan melakukan sesuatu berhubung isu ini,” katanya.

Pada Rabu, seramai 650 penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta anjuran pertubuhan bukan kerajaan Forum Betawi Rempug (FBR) pimpinan pengarahnya Edwan Hamidy.

Tunjuk perasaan selama satu setengah jam itu mencetuskan ketegangan apabila mereka mula bertindak liar dengan memecahkan lampu dan merosakkan pagar bangunan tersebut di Jalan Rasuna Said, Jakarta.

Mereka dilaporkan bertindak demikian sebagai tanda bantahan terhadap Malaysia yang didakwa kononnya mengambil tanah seluas lebih 1,000 hektar secara haram di Kalimantan Barat.

Kejadian di hadapan kedutaan negara itu turut menyebabkan sembilan anggota Polis Indonesia mengalami kecederaan.

Isu terbaru ini tercetus selepas anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, T.B Hasanuddin pada minggu lalu, mendakwa Indonesia kehilangan 1,400 hektar di Camar Bulan dan 800 meter garis pantai di Tanjung Datu, Kalimantan Barat, kononnya setelah diambil secara haram oleh Malaysia.

Bagaimanapun, empat menteri Indonesia, termasuk Menteri Luar Marty Natalegawa, dilaporkan menafikan dakwaan itu kerana ia tidak berasas.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis berkata memang benar terdapat beberapa kawasan yang belum selesai pengukurannya seperti Gunung Jagoi dan Gunung Raya di sektor Sarawak-Kalimantan Barat dan Sungai Simantipal dan Pulau Sebatik di sektor Sabah-Kalimantan Timur, dan Hasanuddin juga telah mengakui persempadanan itu sedang diukur.

Malangnya, kata beliau, maklumat benar itu tidak sampai kepada seluruh rakyat Indonesia termasuk badan bukan kerajaan (NGO) yang mengadakan tunjuk perasaan di kedutaan itu.

Katanya penunjuk perasaan itu harus ingat bahawa masalah seperti itu adalah masalah kerajaan dengan kerajaan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Sempadan Am.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan