DAP dan PAS Terus Buntu Berhubung Kontroversi Hudud

Diterbitkan: Khamis, 13 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: DAP dan PAS terus menghadapi kebuntuan berhubung kontroversi undang-undang hudud selepas mengadakan satu lagi “mesyuarat sulit” di ibu pejabat DAP di sini.

Kedua-dua parti sekutu Pakatan Rakyat itu mengadakan pertemuan dengan PKR sebagai usaha mencari penyelesaian dalam isu rumit mengenai cadangan PAS untuk melaksanakan undang-undang Hudud di Kelantan.

Ini merupakan pertemuan kedua diadakan dalam tempoh dua minggu yang turut disertai para pemimpin tertinggi Pakatan.

Mereka termasuk ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden Azmin Ali; penasihat DAP Lim Kit Siang, pengerusi kebangsaan Karpal Singh dan Setiausaha Agung Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu serta Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali.

Ketika mengesahkan pertemuan pada Isnin itu, Guan Eng berkata keputusan mesyuarat itu berakhir dengan “DAP dan PAS bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai undang-undang Hudud.”

“Hudud bukanlah agenda bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Lim berkata, Pakatan Rakyat akan hanya melaksanakan dasar-dasar yang dieprsetujui oleh ketiga-tiga parti komponen pembangkang itu.

“Pada mesyuarat tersebut, DAP menekankan pendirian konsisten parti yang tidak bersetuju dengan undang-undang Hudud, dan menjelaskan bahawa undang-undang tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan bahawa negeri itu akan menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal untuk mengkaji isu-isu berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang Hudud.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS akan terus menganjurkan Hari Hudud tahunan untuk meningkatkan kesedaran mengenai Enakmen Jenayah Syariah.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan